Krisis MIC 2015: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Krisis MIC 2015''' merujuk kepada perebutan jawatan Presiden MIC iaitu antara penyandang sedia ada Datuk Seri G.Palanivel dengan Datuk Seri Dr ...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:54, 17 Jun 2015

Krisis MIC 2015 merujuk kepada perebutan jawatan Presiden MIC iaitu antara penyandang sedia ada Datuk Seri G.Palanivel dengan Datuk Seri Dr S.SubramaniamN Timbalan Presiden MIC. G.Palanivel menegaskan beliau masih Presiden MIC dan menafikan dakwaan jawatankuasa kerja pusat parti yang beliau telah hilang keanggotaannya secara automatik. Sehubungan itu, Palanivel telah menggantung keanggotaan Dr Subramaniam, naib presiden Datuk M. Saravanan dan 13 yang lain daripada MIC kerana mengadakan mesyuarat CWC Sementara "tidak sah".

Penggantungan itu dibuat sehari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak dua permohonan semakan kehakiman oleh Palanivel dan empat yang lain untuk membatalkan perintah Pendaftar Pertubuhan agar MIC mengadakan pemilihan semula.

Kes mahkamah

Menurut S Subramanian, kes mahkamah itu, jelas sekali, pemohon telah melanggar perlembagaan MIC dan oleh itu penggunaan Seksyen 91 tidak dapat dielakkan.Menurut Seksyen 91, kelima-lima mereka (Palanivel, naib presiden Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, bekas setiausaha agung A.Prakash Rao dan anggota CWC A. K. Ramalingam) sudah tidak lagi menjadi anggota MIC secara 'ipso facto',".

Beliau mempengerusikan mesyuarat CWC Sementara, yang menjadi penyebab beliau dan 14 yang lain, digantung sebagai anggota MIC selama 12 bulan.Mesyuarat di ibu pejabat MIC itu memutuskan bahawa pemilihan semula akan bermula minggu depan.Mereka berharap pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan kebangsaan (termsuk bagi jawatan presiden dan timbalan presiden) akan selesai menjelang akhir Oktober 2015.[1]

== Artikel 91 Perlembagaan MIC menyatakan G.Palanivel dan empat yang lain telah kehilangan keanggotaan dalam MIC. Peruntukan Perlembagaan MIC dengan apa cara pun tidak menjejas keanggotaan ahli yang mengambil proseding undang-undang terhadap pihak ketiga. Palanivel menambah anggota hanya disekat dari mengambil proseding undang-undang terhadap CWC atau parti dan bukan sebaliknya.

Palanivel berharap harap anggota parti tidak mudah diperdaya oleh Subra dan anggota yang digantung hingga mempercayai cerita mereka.[2]

Rujukan