Àngel Rangel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Àngel Rangel | image = 200px | caption = Rangel bermain untuk Swansea City A.F...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 14:34, 19 Jun 2015

Àngel Rangel Zaragoza (lahir 28 Oktober 1982) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain untuk kelab Wales, Swansea City di posisi pertahanan kanan.

Àngel Rangel
Rangel bermain untuk Swansea pada tahun 2011
Maklumat peribadi
Nama penuh Àngel Rangel Zaragoza
Tarikh lahir (1982-10-28) 28 Oktober 1982 (umur 41)
Tempat lahir Sant Carles, Sepanyol
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Swansea City
Nombor 22
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2003 Tortosa
2003–2004 Reus
2004–2005 Girona 24 (0)
2005–2006 Sant Andreu 33 (5)
2006–2007 Terrassa 34 (2)
2007– Swansea City 283 (8)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Mei 2015

Selepas bermain dalam liga bawahan di negara asalnya, dia kemudiannya beraksi untuk Swansea City dimana mereka layak ke Liga Perdana Inggeris pada tahun 2011.

Karier kelab

Dilahirkan di Sant Carles de la Ràpita, Tarragona, Catalonia, Rangel bermain untuk CD Tortosa, CF Reus Deportiu, Girona FC, UE Sant Andreu dan Terrassa FC di tanah airnya, tidak pernah beraksi untuk divisyen yang lebih tinggi dari Segunda División B. Pada musim panas tahun 2007, dia menyertai Swansea City dalam League One dengan perjanjian setahun, dengan yuran yang tidak didedahkan – Roberto Martínez merupakan pengurus pasukan.[2]

Dalam musim pertamanya bersama Swansea, Rangel memainkan peranan besar dan kelab Wales itu kembali ke divisyen kedua selepas 24 tahun, sebagai juara liga. Pada 27 November 2007, dia menjaringkan gol pertamanya sebagai pemain Swansea, menjaringkan gol ketika kemenangan 1–0 ke atas Hartlepool United;[3] Dua minggu kemudian, sekali lagi di Stadium Liberty, dia menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 3–0 ke atas Southend United.[4]

Pada akhir musim, Rangel merupakan salah seorang daripada lima pemain Swansea yang disenaraikan dalam PFA League One Team of the Year, bersama-sama Ferrie Bodde, Garry Monk, Andy Robinson dan penjaring terbanyak liga, Jason Scotland.[5] Pada 5 September 2008, Rangel menandatangani kontrak baru yang akan mengekalkannya di kelab itu sehingga bulan Jun 2010.[6]

Rangel terus menjadi pemain penting untuk Swansea pada tahun berikutnya, dan pada pertengahan bulan Februari 2010, dia melanjutkan kontrak sehingga bulan Jun 2011.;[7] Musim 2010–11 adalah musim yang cemerlang untuk Rangel dan Swansea layak ke Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam sejarah mereka susulan kemenangan 4–2 ke atas Reading dalam perlawanan akhir play-off Championship di Stadium Wembley.[8]

 
Rangel (jersi putih) ketika menentang Arsenal pada bulan September 2011

Susulan kenaikkan Swansea ke Liga Perdana Inggeris, Rangel menandatangani kontrak baru tiga tahun bersama Swansea.[9]

Pada bulan November 2011, Rangel diundi sebagai pertahanan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.[10] Dia membuat 25 penampilan dan Swansea mengekalkan tempat mereka di liga teratas.

Rangel menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris pada 25 Ogos 2012, ketika kemenangan 3–0 ke atas West Ham United.[11] Pada 8 Mac 2013, dia menandatangani kontrak baru bersama Swans, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.[12] Pada bulan Mac 2015, Rangel melanjutkan kontraknya bersama Swansea sehingga tahun 2017.[13]

Pada 19 April 2015, Rangel dipilih ke dalam The Football Manager Team of the Decade ketika Football League Awards.[14]

Karier antarabangsa

Rangel dipercayai layak untuk mewakili Wales melalui statusnya sebagai penduduk,[15][16] tetapi diperintah tidak layak pada bulan Julai 2012 kerana dia tidak meneruskan pendidikan secara berterusan di negara itu selama lima tahun.[17]

Kejayaan

Swansea City

Statistik kelab

Sehingga 24 Mei 2015[18][19]
Kelab Musim Liga Piala Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Girona 2004–05 Segunda División B 24 0 1 0 25 0
Jumlah 24 0 1 0 25 0
Sant Andreu 2005–06 Segunda División B 33 5 0 0 33 5
Jumlah 33 5 0 0 33 5
Terrassa 2006–07 Segunda División B 34 2 1 0 35 2
Jumlah 34 2 1 0 35 2
Swansea City 2007–08 League One 43 2 5 0 4[a] 0 52 2
2008–09 Championship 40 1 6 0 46 1
2009–10 Championship 38 0 2 0 40 0
2010–11 Championship 38 2 2 0 3[b] 0 43 2
2011–12 Liga Perdana Inggeris 34 0 1 1 35 1
2012–13 Liga Perdana Inggeris 33 3 4 0 37 3
2013–14 Liga Perdana Inggeris 30 0 0 0 9[c] 0 39 0
2014–15 Liga Perdana Inggeris 27 0 2 0 0 0 29 0
Jumlah 266 8 22 1 16 0 321 9
Jumlah karier 357 15 24 1 16 0 414 16
  1. ^ Penampilan dalam Football League Trophy
  2. ^ Penampilan dalam play-offf Football League
  3. ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA

Rujukan

  1. ^ "Premier League Player Profile Angel Rangel". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Dicapai pada 17 January 2015.
  2. ^ Swans make second Spanish swoop; BBC Sport, 29 June 2007
  3. ^ Swansea 1–0 Hartlepool. BBC Sport, 27 November 2007
  4. ^ Swansea 3–0 Southend; BBC Sport, 15 December 2007
  5. ^ Swans players dominate PFA team; BBC Sport, 28 April 2008
  6. ^ "Rangel signs fresh Swansea deal". BBC Sport. 5 September 2008. Dicapai pada 5 September 2008.
  7. ^ Angel Rangel extends Swansea contract until 2011; BBC Sport, 19 February 2010
  8. ^ "Reading 2 – 4 Swansea". BBC Sport. 30 May 2011. Dicapai pada 30 May 2011.
  9. ^ "Angel Rangel signs three-year extension deal at Swansea". BBC Sport. 28 June 2011. Dicapai pada 28 June 2011.
  10. ^ Àngel Rangel, mejor defensa de la Premier (Àngel Rangel, best Premier defender); Diari de Tarragona, 14 November 2011 (Sepanyol)
  11. ^ Swans FLY high with win over under-par Hammers; Wales Online, 26 August 2012
  12. ^ "Defender Angel Rangel extends Swansea City contract until 2016". BBC Sport. 8 March 2013. Dicapai pada 8 March 2013.
  13. ^ "Angel Rangel signs contract extension". BBC Sport. Dicapai pada 10 March 2015.
  14. ^ "Winners announced for The Football League Awards 2015". The Football League. 20 April 2015. Dicapai pada 22 April 2015.
  15. ^ Swansea's Angel Rangel would consider representing Wales; BBC Sport, 14 May 2012
  16. ^ Wales sensitive to Aaron Ramsey 'issues' over Ryan Shawcross call; BBC Sport, 11 July 2012
  17. ^ Swansea City defender Angel Rangel ineligible for Wales; BBC Sport, 13 July 2012
  18. ^ "Rangel: Ángel Rangel Zaragoza". BDFutbol. Dicapai pada 8 April 2014.
  19. ^ "Àngel Rangel". Soccerway. Dicapai pada 12 April 2014.

Pautan luar