Perbezaan antara semakan "Syukur 21"

1 bait dibuang ,  5 tahun lalu
 
 
Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimediateknologi itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.
 
==Pelakon==
Pengguna awanama