Bahasa Melayu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 3650261 oleh Yosri (Perbincangan)
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 14.1.200.99 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 1:
#REDIRECT{{hatnote|Jangan keliru dengan [[Bahasa Melayu Perak Ulu|bahasa Melayu Perak Ulu]].}}
{{tunas}}
{{rujukan}}
{{language
|name=Bahasa Melayu Perak <br> بهاس ملايو ﭬﻴـرق
|nativename=''Bahasé Peghok / Bahase Peghak''
|familycolor=Austronesian
|states={{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
|region={{flagicon|Perak}} [[Perak Darul Ridzuan|Perak]]
|speakers=1,360,506
|date=2010
|fam2=[[Bahasa Melayu-Polinesia|Melayu-Polinesia]] (MP)
|fam3=[[bahasa Melayu-Polinesia Nuklear|MP Nuklear]]
|fam4=[[bahasa Sunda-Sulawesi|Sunda-Sulawesi]]
|fam5=[[bahasa Malayik| Malayik]]
|fam6=[[bahasa Malayan| Malayan]]
|fam7=[[bahasa Melayu Tempatan|Melayu Tempatan]]
|script=[[Tulisan Rumi]], [[Tulisan Jawi]]
|iso1=|iso2=|iso3=-}}
 
'''Bahasa Melayu Perak''' ([[tulisan Jawi]]: بهاس ملايو ﭬﻴـرق) merupakan [[Bahasa Melayu Tempatan|bahasa Melayu tempatan]] yang dituturkan di seluruh daerah dalam negeri [[Perak Darul Ridzuan|Perak]] kecuali di daerah [[Hulu Perak]], kawasan Perak Utara ([[Kerian]], [[Larut, Matang dan Selama]]), [[Pulau Pangkor]] dan beberapa wilayah dalam daerah [[Manjung]] yang menggunakan [[Bahasa Melayu Kedah|dialek utara]]. Bahasa Melayu Perak terbahagi kepada tiga subdialek utama iaitu subdialek [[Perak Tengah]], subdialek [[Kuala Kangsar]] dan subdialek [[Perak Selatan]] ([[Hilir Perak]], [[Batang Padang]]). Terdapat percanggahan pendapat tentang subdialek Perak Selatan kerana ia lebih dipengaruhi dialek selatan semenanjung.
 
==Ciri-ciri==
Bahasa Melayu Perak terkenal dengan sebutan {{IPA|/[[Getaran gusi|'''r''']]/}} (getaran gusi) pada awal dan tengah perkataan yang digantikan dengan bunyi {{IPA|/[[Geseran uvular bersuara|'''ʁ''']]/}} (geseran uvular bersuara) atau {{IPA|/[[Geseran velar bersuara|'''ɣ''']]/}} (geseran velar bersuara) seperti bunyi huruf ghain ([[Ghain|'''غ''']]) dalam [[bahasa Arab]] dengan sebutan yang amat jelas hampir-hampir seperti [[Bahasa Melayu Kedah|dialek utara]]. Penutur bahasa Melayu Perak cenderung untuk menggantikan bunyi {{IPA|/-[[Vokal tak bundar depan luas|'''a''']][[Getaran gusi|'''r''']]/}} (gabungan vokal tak bundar depan luas dengan konsonan getaran gusi) dan {{IPA|/-[[Vokal bundar belakang sempit|'''u''']][[Getaran gusi|'''r''']]/}} (gabungan vokal bundar belakang sempit dengan getaran gusi) di hujung perkataan kepada bunyi {{IPA|[-[[Vokal bundar belakang separuh luas|'''ɔː''']]]}} (vokal bundar belakang separuh luas yang dipanjangkan sedikit) atau {{IPA|[-[[Vokal bundar belakang separuh luas|'''ɔ''']][[Vokal pusat tengah|'''<sup>ə</sup>''']]]}} (gabungan vokal bundar belakang separuh luas dengan nyahartikulasi vokal pusat tengah). Contohnya seperti {{IPA|/bəs'''ar'''/}} disebut {{IPA|[bəs'''ɔː''']}} atau {{IPA|[bəs'''ɔ<sup>ə</sup>''']}} dan {{IPA|təl'''ur'''/}} disebut {{IPA|[təl'''ɔː''']}} atau {{IPA|[təl'''ɔ<sup>ə</sup>''']}} dalam bahasa Melayu Perak.
 
==Jenis-jenis dialek==
'''Subdialek Perak Selatan'''
 
Subdialek Perak Selatan tidak banyak bezanya dengan [[Bahasa Malaysia|bahasa Melayu Standard]]. Subdialek ini sering digunakan di bandar-bandar besar serta dituturkan oleh kebanyakan generasi muda. Subdialek ini lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti [[Selangor]] dan [[Johor]]. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang dari negeri Selangor semasa [[Perang Kelang|Perang Saudara]] di Selangor sekitar 1860-an hingga 1970-an kerana faktor sempadan dan konflik. [[Asmah Haji Omar]] (1991) mengkategorikan subdialek ini dalam kelompok Selatan Semenanjung bersama-sama dengan bahasa Melayu Johor, Selangor, [[Melaka]], dan Pahang. Penutur subdialek ini biasanya mencampurkan subdialek [[Kuala Kangsar]] dan bahasa [[Bahasa Malaysia|Melayu]] [[Selangor]]-[[Kuala Lumpur]] atau bahasa [[Bahasa Melayu|Melayu]] [[Johor]]-[[Riau]]. Subdalek ini juga dituturkan di daerah [[Kinta]], [[Kampar]], dan [[Manjung]]. Subdialek ini sering dituturkan oleh juruhebah radio Malaysia [[Perak FM]].
 
'''Subdialek Kuala Kangsar'''
 
Subdialek Kuala Kangsar yang dikenali sebagai loghat Kuala merupakan subdialek yang paling popular di negeri Perak sehingga dikenali orang luar. Subdialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan [[bahasa Melayu Pahang]].
 
'''Subdialek Perak Tengah'''
 
Subdialek Perak Tengah ataupun kadang-kadang dikenali sebagai loghat [[Parit]], [[Lambor]] atau [[Bota]]. Subdialek ini semakin kurang dituturkan disebabkan pengaruh subdialek Perak Selatan yang semakin meluas penggunaannya di negeri Perak. Subdialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan [[Bahasa Melayu Terengganu|bahasa Melayu Hulu Terengganu]].
 
==Perbandingan fonologi dialek==
{| class="wikitable"
|-
! rowspan="2" style="text-align: center;" | Perkataan
! rowspan="2" style="text-align: center;" | Sebutan bahasa [[Bahasa Melayu#Definisi bahasa Melayu tinggi dan bahasa Melayu baku ديفينيسي بهاس ملايو تيڠݢي دان بهاس ملايو باکو|Melayu]] [[Bahasa baku|Baku]]
! colspan="3" style="text-align: center;" | Sebutan bahasa Melayu Perak
|-
| '''Perak Selatan''' || '''Kuala Kangsar''' || '''Perak Tengah'''
|-
| Perak || {{IPA|/peraʔ/}} || {{IPA|[peˈɣɑʔ]}} || {{IPA|[peˈʁɒʔ]}} || {{IPA|[peˈʁɔʔ]}}
|-
| sepak || {{IPA|/sepaʔ/}} || {{IPA|[sepɑʔ]}} || {{IPA|[sepɒʔ]}} || {{IPA|[sepɔʔ]}}
|-
| rumah || {{IPA|/rumah/}} || {{IPA|[ˈɣʊmɑh]}} || {{IPA|[ˈʁomɒh]}} || {{IPA|[ˈʁomɔh]}}
|-
| marah || {{IPA|/marah/}} || {{IPA|[maˈɣɑh]}} || {{IPA|[maˈʁɒh]}} || {{IPA|[maˈʁɔh]}}
|-
| malas || {{IPA|/malas/}} || {{IPA|[malɛh]}} || {{IPA|[malɛ<sup>y</sup>h]}} || {{IPA|[malah]}}
|-
| beras || {{IPA|/bəras/}} || {{IPA|[bəˈɣɛh]}} || {{IPA|[bəˈʁɛ<sup>y</sup>h]}} || {{IPA|[bəˈʁah]}}
|-
| mahal || {{IPA|/mahal/}} || {{IPA|[mahɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[mahɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[mahaː]}}
|-
| kapal || {{IPA|/kapal/}} || {{IPA|[kapɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[kapɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[kapaː]}}
|-
| gulai || {{IPA|/gulai̯/}} || {{IPA|[gulɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[gulɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[gulaː]}}
|-
| serai || {{IPA|/sərai̯/}} || {{IPA|[səˈɣɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[səˈʁɛ<sup>i̯</sup>]}} || {{IPA|[səˈʁaː]}}
|-
| pisau || {{IPA|/pisau̯/}} || {{IPA|[pisɔː]}} || {{IPA|[pisɔː]}} || {{IPA|[pisaː]}}
|-
| limau || {{IPA|/limau̯/}} || {{IPA|[limɔː]}} || {{IPA|[lɪmɔː]}} || {{IPA|[lɪmaː]}}
|-
| lima || {{IPA|/lima/}} || {{IPA|[limə]}} || {{IPA|[lɪmə]}} || {{IPA|[lɪmɛ]}}
|-
| lama || {{IPA|/lama/}} || {{IPA|[lamə]}} || {{IPA|[lamə]}} || {{IPA|[lamɛ]}}
|-
|}
 
==Lihat juga==
* [[Bahasa Malaysia]]
* [[Bahasa Melayu]]
* [[Bahasa-bahasa Melayu Tempatan]]
* [[Bahasa Melayu Perak Ulu|Bahasa Melayu Perak Hulu]]
 
==Sumber==
* {{citation | author = Asmah Omar | title = Susur Galur Bahasa Melayu | publisher = Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur | year = 2008 | isbn = 978-9836-298-26-3}}
* {{citation | author = Asmah Haji Omar | title = Bahasa Melayu abad ke 16 : satu analisis berdasarkan teks Melayu `Aqa'id al-Nasafi | publisher = Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur | year = 1991}}
* {{citation | author = Zaharani Ahmad | title = The Phonology and Morphology of the Perak Dialect ''(Fonologi dan Morfologi Dialek Perak)'' | publisher = Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur | year = 1991}}
* {{citation | author = Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain | title = Dialek Perak | publisher = Yayasan Perak, Ipoh | year = 1986}}
* {{citation | author = Charles Cuthbert Brown | title = Perak Malay | publisher = ''The Federated Malay States Government Press'', Kuala Lumpur | year = 1941}}
 
[[Kategori:Tunas bahasa]]
[[Kategori:Bahasa Melayu]]
[[Kategori:Bahasa di Malaysia]]
[[Kategori:Perak]]