Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Gua sayang zeti (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Gua sayang zeti (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:

[[fail:Gua sayang zeti.jpeg|thumb|left|400px|'''Terbang mencari Ilmu Pengetahuan''']]
[[fail:Gua sayang zeti1.jpeg|thumb|center|300px|'''Kata-kata Semangat''']]

'''Gua sayang zeti''' atau '''Tun Sri Lanang Moden'''

Misi:
'''Berusaha Gigih,'''
'''Belajar dan terus Belajar''',
'''Marilah menuju Kejayaan''',
'''Maju terus Maju''',
'''Menuju Ilmu Pengetahuan'''. ....

''''Makan Bola, tido bola''''.....

==Agama Ku==
Facebook:
===Bicara Islam Agama Kebenaran===

'''Kebenaran'''
Salah satu daripada 99 Nama-nama Allah dalam Islam ialah " al-Haqq " yang bererti " kebenaran, realiti dan hakikat yang teragung ". Konsep kebenaran adalah penting dalam Islam, dan perkataan itu berlaku ratusan kali di dalam al-Qur'an dan hadith ( tradisi serta 'sunnah' tentang apa yang telah diajari dan diamalkan oleh Muhammad ). Sebagaimana agama Kristian, Islam adalah agama yang juga menolak pandangan relativisme dan percayai akidahnyalah 'kebenaran yang mutlak'. Al-Qur'an berbahasa Arab dikira sebagai firman dan kalam Allah sendiri, mirip sepenuhnya dengan apa yang tercatat di atas 'papan terjaga' atau lauh mahfuz di Syurga. Muhammad dianggap sebagai 'nabi terakhir yang maksum' dan kepada dialah telah diwahyukan al-Quran melalui malaikat Jibril dan kehidupan Muhammad harus dijadikan contoh tauladan bagi semua orang Islam dalam segala-gala hal."Supaya Allah membalasi orang-orang yang benar, kerana kebenarannya dan menyiksa orang-orang munafiq, jika dikehendakiNya atau diterimaNya taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang." Surah 33/24.
Sebagaimana kebenaran dinobatkan dan disanjung, pendustaan dan kemunafikan dikutuk."Sesungguhnya Allah tiada menunjuki orang yang berlebih-lebihan lagi pendusta." Surah 40/28.
Walaupun terdapat ajaran-ajaran yang jelas seperti ini, satu ajaran yang lain juga telah digubah di dalam Islam yang membenarkan orang Muslim untuk melakukan dan mengamalkan dusta dan pembohongan pada situasi yang tertentu.
Manusia bersifat tidak sempurna. jika kita ingin menilai seseorang seharusnya tidak hanya melihat dari keburukan sahaja tetapi melihatlah kepada kebaikannya sekali. Sekirannya seseorang yang dipandang pada kebaikannya tetapi melindungi kejahatannya, maka dia tetap tidak terlepas dari melakukan keburukan, begitu juga seseorang yang dipandang pada keburukannya tetapi dalam masa yang sama melakukan kebaikan. Fitrah hidup sebagai manusia sememangnya begitu, tidak lari dari kedua duanya. Baik atau buruk seseorang hanya Allah swt yang mengetahuinya, jadi jangan kita cuba menilai seseorang dengan pancaindera kita yang terkabur daripada penglihatan hati. Pada mereka yang bertaqwa dan berpesan pesan pada kebenaran pasti lah yang akan dipilih menduduki syurga oleh tuhan ( Allah swt ). Oleh itu berpesan pesanlah jua hendaknya pada kebenaran dan hapuslah kebatilan itu sekuat kudrat kita melalui anugerah anggota badan yang telah tuhan cipta pada kita. Jangan merosakkan hati kita walaupun kita mengkehendaki kebenaran itu pada pilihan kita, sekiranya kebenaran itu tidak menyebelahi kita. Peganglah kuat kuat kebenaran itu melebihi kehendak kita. Dan tidak hanya mendengar cerita di sebelah pihak dan khabar khabar angin sahaja, kerana ianya belum tentu adalah kebenaran. Oleh itu jika ingin mencari kebenaran, carilah kebenaran itu melalui niat kita yang jujur semata mata untuk mengetahuinya. Maka itu condonglah pada kebenaran bukan pada condong kepada pilhan kita sendiri sekiranya kebenaran tidak memihak pada pilihan kita, Allah swt ada berfirman " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." surah Al Baqarah ayat 216.
Jangan biar pilihan kita yang palsu itu merosakkan kebenaran kerana ia pasti akan menghasilkan akibat yang buruk kelak, percaya lah kebenaran pasti akan muncul untuk menghapuskan kebatilan. Sebagai umat Islam yang beriman, wajiblah menerima ketentuan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh dari-Nya. Jadi bersatulah mencari kebenaran itu, bukan bersatu mengambil pilihan kita sekiranya ia adalah jelas kepalsuan. Seharusnya bersyukurlah diatas kebenaran itu telah kelihatan bukannya mendustakannya

'''Imam al ghazali'''

Telah bercerita lagi al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī:
Tiadalah aku berhenti daripada berfikir akan keadaanku dan jalan mana yang akan aku pilih. Hatiku masih berbolak-balik.
Pada suatu hari, aku telah berazam untuk meninggalkan Baghdād, dan melepaskan diriku daripada keadaan hidup harian itu. Tetapi, pada keesokan harinya, aku telah membatalkan keputusan itu. Seolah-olah, sebelah kakiku telah melangkah ke hadapan, tetapi yang sebelah lagi telah mundur pula ke belakang!
Di pagi hari, aku telah bertekad untuk menuntut akhirat, tetapi di petang hari, tentera hawa nafsu telah datang menyerang, dan telah menghancurkannya. Syahwat dunia telah mengurungku, dan memaksa aku tetap kekal sahaja di situ, sedangkan suara keimanan telah menyeru kepadaku, “Kembaralah! Kembaralah! Tiadalah umurmu melainkan tinggal sedikit sahaja, sedangkan di hadapanmu adalah perjalanan yang jauh. Tiadalah engkau kumpulkan segala ilmu dan amal melainkan semuanya adalah riyak dan palsu belaka. Jika sekarang engkau masih belum bersiap sedia untuk akhirat, bilakah masanya engkau akan bersiap sedia? Jika sekarang engkau tidak putuskan tali belenggu itu, bilakah masanya untuk memutuskannya?”
Dan ketika seruan seperti ini bangkit, maka azam dan tekadku pun naik berkobar-kobar, rela menghadapi setiap cabaran dan rintangan.
Tetapi kemudian, datang semula syaitan dan berbisiklah dia, “Ini adalah satu perkara yang mengganggu-ganggu sahaja, jika engkau menyerah kepadanya. Biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan segera. Jika engkau turuti ajakannya, lalu engkau tinggalkan pula segala kemegahan pangkat, serta keadaan yang baik ini, yang bebas daripada sebarang kesulitan, serta keadaan aman sejahtera yang bersih daripada perselisihan dan permusuhan, dan jika engkau turutinya, engkau akan menyesal, dan engkau akan menanggung kesukaran. Engkau tidak akan dapat kembali kepada keadaan senang seperti sebelumnya.”
Dan berterusanlah keadaanku ini, di mana aku berada di antara tarikan syahwat dunia, dan tarikan panggilan akhirat. Ia berpanjangan selama hampir enam bulan, bermula dari bulan Rejab tahun 488 Hijrah.
Pada bulan itu, aku telah berasa sudah tidak lagi berdaya, tiada lagi ikhtiarku, terpaksa menyerah sahaja. Allah telah mengunci lidahku, sehingga aku tidak dapat mengajar. Pada suatu hari, aku gagahi juga diriku untuk menyampaikan kuliah agar dapat menggembirakan hati para pelajarku. Tetapi lidahku telah menjadi kelu. Aku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun. Benar-benar tidak berdaya.
Dan keadaan bisu ini telah membuatku berdukacita, sehingga telah menjejaskan kekuatan pencernaan di perutku, dan menyekat makanan dan minumanku. Roti yang dicecah kuah pun tidak dapat aku kunyah, dan tidak dapat aku telan makanan walaupun sesuap.
Aku menjadi semakin lemah, sehingga para doktor yang merawatiku pun telah berputus asa, dan telah berkata mereka, “Perkara in berpunca dari kalbu. Dari situ, ia telah merebak hingga ke seluruh badan. Dan tiada cara untuk mengubatinya, melainkan melaluinya juga. Buangkanlah rahsia yang telah menghasilkan segala duka nestapa ini.”
Akhirnya, setelah menyedari akan betapa lemahnya diriku, setelah kehabisan segala ikhtiarku, aku pun berserah bulat-bulat kepada Allah Ta‘ala. Dia telah memperkenankan doaku, kerana Dialah Tuhan yang memperkenankan doa orang yang terdesak, apabila orang itu berdoa kepadaNya. Kini, menjadi ringanlah bagi hatiku untuk meninggalkan segala kemegahan, kekayaan, anak-anak dan rakan-rakan.

'''Sekadar berkongsi untuk pengetahuan'''
sebuah petikan ini
Kajian Yakjuj & Makjuj sebagai bencana gunung berapi telah mencetuskan banyak reaksi di kalangan masyarakat. Setakat ini, saya menerima komen – komen yang agak seimbang di antara yang bersetuju dan juga mereka yang tidak bersetuju dengan kajian ini. Bukan satu masalah sebenarnya jika anda tidak bersetuju dengan hujah-hujah saya yang mengatakan Yakjuj & Makjuj bermaksud aliran lava.<ref>[http://yakjujdanmakjuj.com/blog/kecelaruan-kepercayaan-yakjuj-makjuj-sebagai-makhluk/#sthash.So1BoUvR.dpuf Yakjuj & Makjuj]</ref>

==Kemaskini Artikel==
*[[Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 (AFC)]] 12 Mac hingga 17 Mac 2015
*[[Perlawanan pertunjukan|Perlawanan Persahabatan]] Malaysia 26senior, Macb-23, 2015b-20 dan b-17
*[[Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2016]], [[Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2016]]

==Bintang Penghargaan==

{| style="border: 1px solid gray; background-color: #fdffe7;"
Baris 17 ⟶ 62:

==Sumber==
==Kemaskini Artikel==
{{reflist}}
*[[Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 (AFC)]] 12 Mac hingga 17 Mac 2015
*[[Perlawanan pertunjukan|Perlawanan Persahabatan]] Malaysia 26 Mac 2015
*[[Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2016]] 23 Mac hingga 31 Mac 2015

{{DEFAULTSORT:Gua sayang zeti}}