Perbezaan antara semakan "Imbuhan kata nama (bahasa Melayu)"

k
Membalikkan suntingan oleh 203.176.147.188 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 210.195.232.103
(Mengganti laman dengan 'pkk ]]')
k (Membalikkan suntingan oleh 203.176.147.188 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 210.195.232.103)
{{tatabahasa}}
pkk
[[Kata nama]] menerima empat jenis [[imbuhan]]: [[awalan]], [[akhiran]], [[apitan]], dan [[sisipan]]. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

==Awalan==
===ke-===

Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:

* penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): ''kekasih'', ''ketua'', ''kemudi''

===pe(n)-===

Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

*alatan/perkakas: ''pembakar, pengasah, penukul, penapis''
*orang yang membuat: ''penulis, pencipta, pentadbir''
*sesuatu yang menyebabkan jadi...: ''pengasih, pemanis, pendingin''
*orang yang selalu atau suka...: ''penidur, pemalas, perokok''
*orang yang mempunyai sifat...:''pemalu, pemurah, pembengis''
*milik sifat seseorang: ''pemuda, pembesar''
*ukuran bagi waktu atau tempat: ''pemeluk, penanak, pelaung''
*hasil atau kesan daripada sesuatu: ''penyakit, pendapat''

Awalan "pe(n)-" berubah bentuk mengikut [[fonem]] pertama dalam kata dasar:

{|class=wikitable
! Bentuk imbuhan !! Fonem pertama
kata dasar !! Gugurkan? !! Contoh !! Huraian
|-align=center
!rowspan=2| pem-
| /b/ || {{no}} || {{nowrap|baris → pembaris}} ||
|-align=center
| /p/ || {{yes}} || {{nowrap|panah → pemanah}} ||align=left| Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pempamer
|-align=center
!rowspan=2| pen-
| /c/
/d/
/j/
/sy/ || {{no}} || {{nowrap|curi → pencuri
datang → pendatang
jahat → penjahat
syarah → pensyarah}} ||
|-align=center
| /t/ || {{yes}} || {{nowrap|tari → penari}} ||align=left| Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pentadbir
|-align=center
!rowspan=3| peng-
| ([[vokal]]) || {{no}} || {{nowrap|arah → pengarah}} ||
|-align=center
| /g/ || {{no}} || {{nowrap|ganti → pengganti}} ||
|-align=center
| /k/ || {{yes}} || {{nowrap|karat → pengarat}} ||align=left| Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: pengkaji
|-align=center
! peny-
| /s/ || {{yes}} || {{nowrap|sakit → penyakit}} ||align=left| Kecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
Cth: penstabil
|-align=center
! pe-
| /l/
/m/
/n/
/ng/
/ny/
/r/
/w/
/y/ || {{no}} || {{nowrap|lambung → pelampung
makan → pemakan
nyanyi → penyanyi
rasa → perasa
wangi → pewangi

|-align=center
! penge-
| - || {{no}} || {{nowrap|sah → pengesah}} ||align=left| Untuk kata dasar satu suku kata sahaja.

Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai ''pe-ngam-bil'' dan penguji (uji) disebut ''pe-ngu-ji''. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut ''peng-go-sok''.

Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "[[Imbuhan kata kerja (bahasa Melayu)#me(n)-|me(n)-]]" untuk kata kerja.

===pe-===
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:

*pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
*penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit

===per-===
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "[[Imbuhan kata kerja (bahasa Melayu)#ber-|ber-]]".

===juru-===
Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ''ahli atau orang'' yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

*juru- + kata nama: ''juruwang'', ''jurubahasa''

*juru- + kata kerja: ''jurukira'', ''jurujual'', ''juruselam'', ''juruterbang''

*juru- + akar kata: ''jurutera'', ''jurumudi''

==Akhiran==
===-an===
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
*benda, bahan yang dilakukan kata dasar: ''kiriman, makanan''
*hasil perbuatan kata dasar: ''tulisan, bungkusan''
*tempat yang disifatkan kata dasar: ''ruangan''
*benda kata dasar yang besar atau luas: ''lautan''

==Apitan==
===ke-…-an===
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

*hasil perbuatan kata dasar: ''keberanian, kepercayaan''
*keadaan yang disifatkan kata dasar: ''keindahan, keselesaan''

===pe(n)-…-an===
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

*perbuatan: ''pemeriksaan'', ''pemilihan''
*hasil perbuatan: ''pembangunan'', ''pelaburan''

Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "[[Imbuhan kata kerja (bahasa Melayu)#me(n)-|me(n)-]]" untuk kata kerja.

===per-…-an===
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

*perbuatan: ''pertandingan'', ''pergeseran''
*tempat: ''perbandaran'', ''perkuburan''

Imbuhan "per-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "[[Imbuhan kata kerja (bahasa Melayu)#ber-|ber-]]" untuk kata kerja.

==Sisipan==
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: ''tapak → telapak''; ''kuning'' → ''kemuning''.

[[Kategori: Imbuhan dalam bahasa Melayu]]
139

suntingan