Perbezaan antara semakan "Petala elektron"

497 bait ditambah ,  5 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Dalam bidang [[kimia]] dan [[fizik atom]], '''petala elektron''' atau juga dikenali sebagai '''tahap tenaga utama''' merujuk kepada [[orbit]] yang mempunyai [[elektron]] yang mengelilingi sesuatu [[nukleus]] [[atom]]. Petala yang terdekat dengan nukleus ialah "petala 1" (juga dikenali sebagai "petala K"), diikuti dengan "petala 2" (atau "petala L"), "petala 3" (atau "petala M") dan berikutnya. Petala elektron bersamaan dengan nombor kuantum utama (''n'' = 1, 2, 3, 4 ...) atau dilabel mengikut huruf abjad dalam notasi sinaran X (K, L, M, …).
 
Setiap petala elektron hanya mampu mengandungi bilangan elektron yang tetap. Petala elektron yang pertama mampu menampung dua elektron, petala elektron kedua mampu menampung lapan elektron (2 + 6), manakala petala yang ketiga menampung sehingga 18 (2 + 6 + 10) elektron dan berikutnya. Formula umum ialah petala elektron yang ke-''n'' menampung sehingga 2([[kuasa dua|''n''<sup>2</sup>]]) elektron.<ref name="madsci">[http://www.madsci.org/posts/archives/1999-03/921736624.Ch.r.html Re: Why do electron shells have set limits ?] madsci.org, 17 March 1999, Dan Berger, Faculty Chemistry/Science, Bluffton College</ref> Elektron sesuatu atom kebiasaannya menampung petala luar seandainya elektron petala dalam penuh kerana elektron mempunyai [[Medan elektrostatik|daya tarikan elektrostatik]] terhadap nukleus. Namun demikian, prinsip ini tidak tetap kerana terdapat atom yang mempunyai dua atau tiga petala yang tidak penuh (prinsip Aufbau).<ref name="corrosionsource.com">[http://www.corrosionsource.com/handbook/periodic/e_subshells.htm Electron Subshells]. Corrosion Source. Retrieved on 1 December 2011.</ref>
 
 
==Rujukan==
3,940

suntingan