Sejarah Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
FaiqIQ (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
FaiqIQ (bincang | sumb.)
Baris 221:
Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami [[air]] apabila [[Sungai Perak]] bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan [[Bukit Chandan]], gelarannya Seri Andalan.
 
Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah [[Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah|Sultan Yusuf]] yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut berdatang sembah lalu berkata...
 
" Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala Tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah Tuanku membuat Istana diatas bukit yang di pinggir Batang Hari, Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah Tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan Tuanku itu...."