Perbezaan antara semakan "Selangan generasi"

982 bait ditambah ,  5 tahun lalu
 
 
===Unsur-unsur fundamental===
[[Image:Onoclea sensibilis 4 crop.jpg|thumb|right|Gametofit paku pakis spesies ''[[Onoclea sensibilis]]'' (talus yang rata di bahagian bawah gambar) dengan sporofit yang berketurunan mula membesar daripadanya (pelepah kecil di bahagian atas gambar).]]
 
Rajah di atas menunjukkan unsur-unsur asas pertukaran generasi dalam tumbuh-tumbuhan. Banyak variasi yang terdapat dalam kumpulan yang berbeza tumbuhan akan diterangkan kemudian dengan menggunakan konsep-konsep yang terdapat dalam artikel ini. Bermula dari kanan gambar rajah, proses yang terlibat adalah seperti berikut: <ref>Unless otherwise indicated, the material in the whole of this section is based on {{Harvnb|Foster|Gifford|1974}}, {{Harvnb|Sporne|1974a}} and {{Harvnb|Sporne|1974b}}.</ref>
 
* Apabila ia mencapai peringkat kematangan, gametofit menghasilkan satu atau lebih '''gametangia''' (kata tunggal: gametangium) yang merupakan organ yang menghasilkan gamet haploid. Sekurang-kurangnya salah satu jenis daripada gamet yang terhasil mempunyai beberapa mekanisme untuk mencecah gamet lain supaya dapat melakur dengannya.
Secara ringkasnya, 'selangan generasi' dalam kitaran hidup adalah pertukaran generasi antara generasi diploid (2''n'') sporofit dan generasi haploid (''n'') gametofit.
[[Image:Onoclea sensibilis 4 crop.jpg|thumb|Gametofit paku pakis spesies ''[[Onoclea sensibilis]]'' (talus yang rata di bahagian bawah gambar) dengan sporofit yang berketurunan mula membesar daripadanya (pelepah kecil di bahagian atas gambar).]]
 
Situasi di atas adalah berlainan berbanding dalam semua jenis haiwan, bahawa proses fundamental adalah individu diploid (2''n'') ''secara langsung'' menghasilkan gamet haploid (''n'') melalui proses meiosis. Spora (yakni sel haploid yang mampu mengalami proses mitosis) tidak dihasilkan, oleh itu tiada satu pun yang merupakan organisma multisel yang haploid dalam haiwan. Gamet bersel tunggal adalah satu-satunya entiti yang haploid.
 
===Variasi===
Gambar rajah yang ditunjukkan di atas adalah gambaran yang baik kitaran hidup beberapa alga multi-selular (cthnya genus ''[[Cladophora]]'') yang mempunyai sporofit dan gametofit dengan penampilan yang hampir serupa dan tidak mempunyai berlainan jenis spora atau gamet. <ref name="Guiry_Guiry_2008">{{Harvnb|Guiry|Guiry|2008}}</ref>
 
Walau bagaimanapun, terdapat banyak kemungkinan variasi pada unsur-unsur asas kitaran kehidupan yang mempunyai pertukaran generasi. Setiap perubahan boleh berlaku secara berasingan atau dalam kombinasi, menyebabkan pelbagai kitaran kehidupan yang mengelirukan. Istilah yang digunakan oleh ahli botani dalam menggambarkan kitaran hidup sama sekali boleh membingungkan. Seperti apa yang Bateman dan Dimichele katakan "[...] selangan generasi telah menjadi satu moras istilah; seringkalinya, satu istilah mewakili beberapa konsep atau satu konsep diwakili oleh beberapa istilah."<ref>{{Harvnb|Bateman|Dimichele|1994|p=347}}</ref>
 
==Catatan dan rujukan==
1,039

suntingan