Pasangan Perdana Menteri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Rosmah_Mansor_Speech.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh NahidSultan
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 51:
 
==Kontroversi Penggunaan istilah "Wanita Pertama"==
[[Malaysia]] merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep [[Raja mutlak]], iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep [[Raja berpelembagaan]] di mana [[Perdana Menteri]] merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) [[Perlembagaan Persekutuan]] menetapkan bahawa isteri [[Yang di-Pertuan Agong]] ialah hanya yang kedua kepada [[Yang di-Pertuan Agong]] itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda [[Raja Permaisuri Agong]] adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.<ref>{{cite web|title=First Lady: To be or not to be|url=http://www.malaysiakini.com/news/134653|publisher=Malaysiakini|accessdate=29 July 2012}}</ref><ref>{{cite web|last=Razak|first=Aidila|title=Najib: 'First Lady' not higher than the queen|url=http://www.malaysiakini.com/news/134579|publisher=Malaysiakini|accessdate=29 July 2012}}</ref>
 
Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada dibawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja diskusi dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat dari rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Baris 59:
Isu kontroversi penggunaan gelaran "Wanita Pertama" sebenarnya hanya mula memuncak ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia terkini Dato Seri Najib Tun Razak berikutan isterinya [[Rosmah Mansor]] yang dikatakan menggunakan gelaran wanita pertama secara besar-besaran di Malaysia. Ada pula yang menganggap gelaran "Wanita Pertama" hanya khusus buat Seri Paduka Baginda [[Raja Permaisuri Agong]], dan ada juga yang mengatakan gelaran ini tidak patut ditimbulkan dan digunapakai berikutan Malaysia bukan sebuah negara republik.
 
Isu tidak hanya berhenti disitu sahaja, terdapat sumber yang mengatakan Pejabat Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah jabatan misteri yang baru yang diletakkan atas nama akronim Jabatan F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dengan melantik Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Namun jabatan tersebut akhirnya dibubarkan. Berita penubuhan jabatan misteri tersebut telah menjadi buah mulut cerita dan analisis dari pelbagai blogger. Terdapat sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat perhubungan dalam jabatan FLOM tetapi telah dikeluarkan segera, namun terdapat sebilangan enjin pencari yang telah mengurus dan menyimpan data dalam <ref>http://archive.is/20121202133809/http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947 First Lady of Malaysia Department</ref>.<ref>[http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/2117-first-lady-of-malaysia-division-latest-addition-to-pms-dept.html First Lady Of Malaysia Division – latest addition to PM's Dept?].</ref> Ramai pihak yang telah mempersoalkan kerasionalan, kesahan dan fungsi jabatan tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Bajet Kebangsaan turut memperuntukan dana bagi urusan kerja jabatan.
 
==Rujukan==