Astrolab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 39:
 
===Astrolab dan Jam===
Pada mulanya [[jam astronomi]] mekanikal dipengaruhi oleh astrolab; dalam banyak segi ia kelihatan seperti astrolab sawat jam yang direkabentuk untuk menghasilkan paparan berterusan bagi kedudukan semasa matahari, bintang dan planet. Sebagai contoh, jam [[Richard dari Wallingford]] (sekitar 1330) pada asasnya terdiri daripada sebuah peta bintang yang berputar di belakang rete tetap, serupa dengan yang ada pada astrolab.<ref>North (2005)</ref>
 
Banyak jam astronomi, seperti [[Prague Orloj|jam di Prague]] yang terkenal itu, menggunakan paparan gaya astrolab yang menggunapakai unjuran stereografik satah ekliptik (lihat di bawah).
 
Contohnya, pada tahun 1985 pembuat jam [[Swiss]] Dr. Ludwig Oechslin telah merekabentuk dan menghasilkan sebuah [http://www.ulysse-nardin.ch/en/swiss_watch_manufacturer/Collection/Archive/Astrolabium_G._Galilei.html jam tangan astrolab] bersempena dengan [[Ulysse Nardin]]. Pembuat jam [[Belanda]] [http://www.klaauw.com/ Christaan van der Klauuw] juga menghasilkan jam astrolab.
 
==Rujukan==
{{reflist}}