Astrolab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 46:
 
==Penghasilan==
[[File:Yale's Hartmann astrolabe.jpg|thumb|Astrolab [[Georg Hartmann|Hartmann]] dalam koleksi [[Yale University|Yale]]. Alat ini mempamerkan rete dan pembarisnya.]]
[[File:Globe Celeste Louvre Asturlabi DSC 0713.JPG|thumb|Glob Cakerawala, Isfahan (?), Iran 1144. Dipamerkan di [[Louvre Museum]], glob ini adalah yang ketiga tertua yang masih bertahan di dunia]]
[[File:Planispheric astrolabe.png|thumb|Astrolab planisferik janaan komputer]]
 
Astrolab terdiri daripada cakera yang dipanggil ''mater'' (induk), yang cukup dalam untuk memegang satu atau lebih plat rata yang dipanggil ''tympans'', atau ''[[Clime|climate]]''. [[Tympan]] dibuat bagi [[latitud]] tertentu dan diukir dengan [[unjuran stereografik]] bulatan yang menandakan [[azimuth]] dan [[altitud]] dan mewakili bahagian [[sfera cakerawala]] di atas ufuk tempatan. Rim mater biasanya dibahagikan kepada [[jam (masa)|jam]], [[darjah (sudut)| darjah arc]] atau kedua-duanya. Di atas mater dan tympan, ''rete'', sebuah rangka yang menunjukkan unjuran satah [[ekliptik]] dan beberapa [[penunjuk]] yang menunjukkan kedudukan [[bintang]]-bintang yang paling terang, bebas berputar. Penunjuk-penunjuk ini selalunya cuma hujung yang mudah, tetapi bergantung pada kemahiran si tukang ia mampu menjadi berhias dan artistik. Terdapat contoh-contoh astrolab dengan penunjuk artistik dalam bentuk bebola, bintang, ular, tangan, kepala anjing dan dedaun, antaranya.<ref>{{cite book |last=Stephenson|first=Bruce |first2=Marvin|last2=Bolt |first3=Anna Felicity|last3=Friedman |title=The Universe Unveiled: Instruments and Images through History|date=2000|publisher=Cambridge University Press|location=Cambridge, UK|isbn=0-521-79143-X|pages=108–109}}</ref> Sesetengah astrolab mempunyai ''[[pembaris]]'' atau ''label'' yang berputar di atas rete, dan mungkin ditandakan dengan skala [[keserongan]].
 
Rete, yang mewakili [[langit]], berfungsi sebagai [[carta bintang]]. Apabila ia diputarkan, bintang dan [[ekliptik]] bergerak di atas unjuran koordinat di atas tympan. Satu putaran lengkap bersamaan dengan berlalunya satu hari. Jadi astrolab adalah pelopor [[planisfera]] moden.
 
Pada belakang maater biasanya terukir sejumlah skala yang berguna bagi pelbagai aplikasi astrolab; ini berbeza-beza mengikut perekabentuk, tetapi mungkin memasukkan lengkung bagi penukaran masa, [[kalendar]] bagi menukar hari dalam sesuatu bulan kepada kedudukan matahari di atas ekliptik, skala trigonometri, dan senggatan 360 darjah sekeliling hujung bahagian belakang. ''[[alhidade|Alidade]]'' dilampirkan pada permukaan bahagian belakang. Alidade dapat dilihat pada ilustrasi bawah kanan bagi astrolab Parsi di atas. Apabila astrolab digantungkan secara menegak, alidade dapat diputarkan dan matahari atau bintang akan dilihat sepanjang kepanjangannya, supaya altitudnya dalam darjah dapat dibaca ("diambil") daripada hujung astrolab yang bersenggat; justeru itu akar perkataan Yunani: "astron" (ἄστρον) = bintang + "lab-" (λαβ-) = mengambil.
 
==Rujukan==
{{reflist}}