Kudat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adamc92 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Adamc92 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
 
Sebagai bandar terbesar di kawasan yang didiami etnik [[Rungus]], Kudat merupakan pusat kebudayaan utama untuk kumpulan etnik tersebut. Selain itu, Kudat juga terkenal sebagai kawasan pertama di negeri Sabah yang diduduki orang [[Orang Cina Malaysia|Cina Malaysia]], terutamanya daripada suku [[Hakka]].
 
=== Etimologi ===
Sebelum kedatangan penjajah British, kawasan Kudat diberi nama 'Tomborungan' oleh masyarakat Rungus setempat. Nama tersebut diberi sempena Sungai Tomborungus yang tidak lagi mengalir pada zaman moden. Mengikut cerita orang tempatan, tatkala penjajah British bertanya tentang nama tempat tersebut, penduduk tempatan salah faham dan menganggap bahawa pihak British ingin tahu nama sejenis rumput lalang yang banyak didapati di kawasan tersebut. Rumput tersebut dikenali sebagai ''kutad'' dalam bahasa Rungus. Lama-kelamaan, perkataan ini telah menggantikan nama 'Tomborungan' sebagai nama tempat tersebut dan sebutannya berubah kepada 'Kudat'.
 
=== Demografi ===
Pada tahun 2010, bilangan penduduk di Kudat dianggarkan berjumlah 83,140. Komposisi etnik yang terbesar ialah kaum Rungus yang merupakan salah satu sub-etnik masyarakat [[Kadazan-Dusun]]. Kaum Cina membentuk kira-kira 10% daripada jumlah penduduk Kudat dan kebanyakan daripada mereka berasal daripadaberketurunan suku Hakka. Selain itu, terdapat juga masyarakat minoriti yang terdiri daripada orang [[Bajau]], Kadazandusun, [[Murut]], [[Suluk]], dan [[orang Melayu|Melayu]]. Kawasan Kudat turut dihuni oleh pendatang asing dari [[Filipina]], terutamanya dari kawasan [[Sulu]] dan [[Mindanao]]. Kebanyakan daripada pendatang Filipina ini merupakan [[pendatang tanpa izin]].
 
=== Sejarah ===
Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada ''British North Borneo Company'' (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim memerintah Teluk Marudu selepas era Shariff Usman. Beliau Pemerintah Bebas yang diikhtiraf oleh Kesultanan Sulu dan British. Haji Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).
 
Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini.{{fact}} Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni.{{who}} A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan[[Sandakan]] yang lebih selamat di timur Sabah.
 
Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavanggazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta [[Tanjung Simpang Mengayau]], titik paling utara di pulau Borneo.
 
=== Pengangkutan ===
 
==== Darat ====
Kudat merupakan bandar yang paling utara di sepanjang [[Lebuhraya Pan Borneo]]. Lebuhraya tersebut menghubungkan Kudat dengan Kota Kinabalu dan bandar-bandar lain di pantai barat negeri Sabah hingga ke sempadan negeri [[Sarawak]]. Antara bandar-bandar tersebut termasuklah [[Kota Belud]], [[Tuaran]], [[Papar, Sabah|Papar,]] [[Beaufort]], dan [[Sipitang]]. Perjalanan kereta dari Kudat ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang tiga jam.
 
==== Udara ====
Lapangan Terbang Kudat terletak ke utara bandar Kudat. Syarikat penerbangan [[MASwings]] menyediakan penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu dan Sandakan. Penerbangan ke Kota Kinabalu mengambil masa 40 minit manakala penerbangan ke Sandakan pula mengambil masa 50 minit.
 
==== Laut ====
Pada bulan Februari 2015, Menteri Tugas-tugas Khas dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah, Teo Chee Kang, telah mengumumkan bahawa perkhidmatan feri jenis [[kapal RO-RO|RO-RO]] akan bakal disediakan bagi menghubungkan Kudat dengan bandar Brooke's Point di wilayah [[Palawan]], [[Filipina]].<nowiki><ref>http://www.theborneopost.com/2015/02/05/kudat-palawan-ferry-service-soon/</ref></nowiki> Bagi membolehkan penumpang keluar dan masuk kawasan Malaysia menggunakan feri tersebut, sebuah Pusat Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) telahpun disiapkan. Infrastruktur lain yang berkaitan dengan perkihdmatan feri tersebut sedang dibina.
 
=== Orang terkenal ===
* [[Mustapha bin Harun]] (1998-1995) - [[Yang di-Pertua Negeri]] Sabah pertama; pengasas bersama parti [[Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu]]
* [[Chong Kah Kiat]] (1948-) - Ketua Menteri Sabah ke-13; mantan Presiden [[Parti Liberal Demokratik]]
* Lo Thien Chok - Wakil masyarakat Cina dalam Dewan Undangan Borneo Utara British, 1914-1926
* Teo Chee Kang - Menteri Tugas-tugas Khas dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah; Presiden Parti Liberal Demokratik; Ahli [[Dewan Undangan Negeri Sabah]] bagi kawasan pilihanraya Tanjong Kapor
* Haji Sidek Danta - Pengasas bersama parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
* Idrus Matakim - Mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Sabah
 
== Pautan luar ==