Kudat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adamc92 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Adamc92 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Original research|date=Februari 2013}}
{{Cleanup|date=Februari 2013|reason=Seperti karangan}}
 
[[Fail:SabahDistricts-Kudat-pp.png|thumb|Lokasi bandar dan daerah Kudat]]
[[Image:Downtown Kudat.jpgJPG|right|thumbnail|Pusat bandar Kudat]]
 
'''Kudat''' ialah sebuah bandar dan daerah di negeri [[Sabah]], [[Malaysia]]. Bandar Kudat terletak kira-kira 190km dari ibu negeri Sabah, [[Kota Kinabalu]] di bahagian utara negeri Sabah berhampiran dengan [[Tanjung Simpang Mengayau]] yang merupakan bahagian paling utara pulau [[Borneo]].
Baris 17 ⟶ 14:
Penghuni asal kawasan Kudat ialah suku kaum Rungus. Mereka menetap dalam rumah panjang di kawasan pedalaman supaya selamat daripada serangan lanun yang kerap berlaku di persisiran pantai.
 
Pada akhir kurun ke-19, Franz Witti, seorang penjelajah yang bekerja dengan [[Syarikat Berpiagam Borneo Utara British]] (SBUB) telah menemui minyak di sebuah tempat yang terletak 26km dari lokasi bandar Kudat moden. Penemuan ini mungkin menjadi salah satu faktor yang mendorong pegawai-pegawai SBUB untuk membuka sebuah pekan di kawasan tersebut.<ref>Hutton, 2003, p.8.</ref> Pekan Kudat telah dibuka dengan rasminya pada 7 Disember 1881. Sejurus selepas itu, pegawai-pegawai SBUB mula membuka tanah di situ dengan bantuan beberapa orang berketurunan Melayu Brunei bagi memastikan Kudat dapat diisytiharkan sebagai ibu negeri Borneo Utara British pada tahun berikutnya. Pihak SBUB turut menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Kurantud (pemimpin masyarakat Rungus Kudat) dan Datu Harun (pemimpin masyarakat Islam Kudat) untuk menjamin ketenteraman yang berterusan di ibu negeri baru itu.
 
Antara projek awal pihak British di Kudat ialah pembinaan kelab golf pertama di negeri Sabah, yakni Kelab Golf Kudat.<ref>http://sabahtourism.com/destination/kudat-golf-club</ref>
 
==== Kemasukan buruh Cina ====
Selepas pekan Kudat dibuka, fokus SBUB telah beralih kepada kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian. SBUB kurang berminat melibatkan orang tempatan dalam kegiatan tersebut, sebaliknya membawa masuk buruh dari [[Republik Rakyat China|China]]. Hal ini demikian kerana pihak SBUB berpendapat bahawa "nilai produktif dan industri pendatang asing... jauh melebihi orang pribumi Borneo... [dan] tempoh yang lama diperlukan sebelum orang pribumi menjadi aset yang berharga kepada kerajaan negeri seperti pendatang asing".<ref>"A Report on the Census of North Borneo, 1921", London, 1922, p.6. Quoted by Lee Yong Leng, ''North Borneo: A Study in Settlement Geography'', Singapore: Eastern University Press, 1965, p.66.</ref> Pada tahun 1882, Gabenor Borneo Utara British, William Medhurst, telah meminta Walter Medhurst (yang baru sahaja menjadi Pesuruhjaya Imigresen di China) supaya menghantar buruh Cina ke Borneo Utara British. Medhurst mengumumkan bahawa orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British akan dihantar ke situ dengan percuma. Tawaran tersebut telah menggalakkan ramai orang Cina berhijrah ke Borneo Utara British. Kebanyakan daripada mereka menetap di Kudat dan Sandakan kerana bandar-bandar tersebut merupakan bandar terbesar di Borneo Utara British pada masa itu. Sewaktu Medhurst kembali ke [[United Kingdom]] pada tahun 1885, seramai 348 daripada 937 penduduk di Kudat merupakan orang Cina. Dalam kalangan 348 orang Cina tersebut, seramai 222 orang bekerja sebagai peniaga.<ref>Danny Wong Tze Ken, ''The Transformation of an Immigrant Society: A Study of the Chinese of Sabah'', London: Asean Academic Press, 1998, p.2.</ref>
 
Kepentingan Kudat menurun secara mendadak selepas [[Sandakan]] dijadikan ibu negeri Borneo Utara British yang baru. Walaupun kedatangan pekerja Cina ke Kudat kekal berterusan sehingga ke tahun 1940an, namun kadar kemasukan pendatang baru menjadi semakin perlahan.
Baris 44 ⟶ 41:
Masyarakat [[Hakka]] di Kudat merupakan antara masyarakat Cina yang tertua di negeri Sabah. Penglibatan orang Hakka di Kudat bermula pada tahun 1880an apabila Walter Medhurst menawarkan perjalanan percuma kepada orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British.
 
Inisiatif ini mendapat sokongan hebat daripada Persatuan Mubaligh Kristian Basel di China. Salah satu ahli persatuan tersebut, iaitu Rudolph Lechler, digelar sebagai 'bapa penghijrahan orang Kristian di China'.<ref>Zhang, Delai: "The Hakkas of Sabah", Sabah Theological Seminary, 2002, ISBN 983-40840-0-5</ref> Beliau menggalakkan orang Kristian berketurunan suku Hakka di wilayah [[Guangdong]] untuk menerima tawaran Walter Medhurst. Kumpulan pendatang Cina yang pertama tiba di Kudat pada tahun 1883 dan membuka petempatan Lau San ([[Bahasa Cina]]: 老山; [[Pinyin]]: Lǎo Shān; maksud: 'GunungBukit Lama'). Pada tahun 1889, satu lagi kumpulan pendatang Cina telah tiba dan membuka petempatan Sin San (Bahasa Cina: 新山; Pinyin: Xīn Shān; maksud: 'GunungBukit Baru').<ref>Hutton, 2003, p.11.</ref> Pendatang-pendatang selanjutnya telah membuka petempatan yang lebih jauh dari pekan Kudat. Petempatan-petempatan tersebut termasuklah Pinangsoo ([[Tulisan Cina Tradisional]]: 槟榔樹; [[Bahasa Hakka]]: 'Bin long soo'; Pinyin: Bīnláng shù; maksud: '[[pokok pinang]]'), Tamalang, dan Sikuati (Bahasa Cina:: 西瓜地; Pinyin: Xīguā dì). Meskinpun kebanyakan daripada pendatang Cina tersebut berketurunan suku Hakka, ada juga di antara mereka yang berketurunan suku [[Hokkien]], [[Kantonis]], dan [[bahasa Hainan|Hainan]].<ref>Hutton, 2003, p.13.</ref>
 
[[File:Kudat Sabah Gereja-Basel-Lau-San-02.jpg|thumb|Gereja Basel di Lau San didirikan oleh pendatang Hakka pada akhir abad ke-19]]
 
Pihak SBUB memberi setiap pendatang Cina sebidang tanah seluas 10 ekar dan alat-alat pertanian serta bekalan makanan selama enam bulan selepas ketibaan mereka di Kudat. Pendatang tersebut pula ditugaskan membuka tanah yang diberi dan menggunakan separuh daripada tanah tersebut untuk menanam padi sawah. Mereka dibenarkan menggunakan tanah yang selebihnya untuk tanaman sara diri. Ramai di antara pendatang Hakka tersebut yang menanam ladang kelapa yang luas. Ladang-ladang tersebut masih menjadi ciri utama geografi Kudat pada hari ini. Seluas 5,740 hektar tanah di kawasan Kudat kini digunakan untuk penanaman pokok kelapa, dan seramai 3,000 buah keluarga terlibat dalam pengendalian ladang-ladang demikian.<ref>Hutton, 2003, p.13.</ref>
 
[[File:Kudat Sabah Fuk-Tek-Kung-Temple-01.jpg|thumb|Kuil Fuk Tek Kung dibina oleh masyarakat Cina Kudat]]
 
==== Zaman moden ====
Orang Hakka masih merupakan golongan yang penting dalam masyarakat Kudat. Kebanyakan kedai di bandar Kudat dan pekan-pekan lain di serata daerah Kudat (seperti Sikuati dan Matunggong) dikendali oleh orang Hakka. Selain itu, terdapat beberapa nama tempat di kawasan Kudat yang berasal daripada [[bahasa Hakka]], contohnya Lau San, Sin San, Pinangsoo, dan Pakka Choon ([[Bahasa Cina]]: 百家村; Pinyin: Bǎi jiācūn; maksud: 'Kampung seratus keluarga'). Begitu juga dengan nama beberapa batang jalan raya di Kudat, seperti Jalan Sak Fu dan Jalan Tai Cheong, yang juga mendapat nama mereka daripada perkataan-perkataan Hakka. Tambahan pula, beberapa batang jalan di bandar Kudat telah dinamakan sempena tokoh-tokoh tempatan yang berketurunan Hakka. Antaranya termasuklah Jalan Wan Siak (dinamakan sempena Leong Wan Siak; tulisan Cina tradisional: 梁萬錫; Pinyin: Liáng Wànxī), Jalan Chin Sham Choi (tulisan Cina tradisional: 陳三才; Pinyin: Chén Sāncái) dan Jalan Lo Thien Chok (tulisan Cina tradisional: 羅天爵; Pinyin: Luó Tiānjué).
 
[[File:Kudat wooden shops.JPG|thumb|Kedai lama di pusat bandar Kudat yang dibina sewaktu penjajahan British]]
 
=== Pengangkutan ===
Baris 55 ⟶ 60:
 
==== Udara ====
 
[[File:Kudat Sabah LapanganTerbang-6.jpg|thumb|Lapangan Terbang Kudat]]
 
Lapangan Terbang Kudat terletak ke utara bandar Kudat. Syarikat penerbangan [[MASwings]] menyediakan penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu dan Sandakan. Penerbangan ke Kota Kinabalu mengambil masa 40 minit manakala penerbangan ke Sandakan pula mengambil masa 50 minit.