Kudat: Perbezaan antara semakan

26 bait ditambah ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
==== Kemasukan buruh Cina ====
Selepas pekan Kudat dibuka, fokus SBUB telah beralih kepada kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian. SBUB kurang berminat melibatkan orang tempatan dalam kegiatan tersebut, sebaliknya membawa masuk buruh dari [[Republik Rakyat China|China]]. Hal ini demikian kerana pihak SBUB berpendapat bahawa "nilai produktif dan industri pendatang asing... jauh melebihi orang pribumi Borneo... [dan] tempoh yang lama diperlukan sebelum orang pribumi menjadi aset yang berharga kepada kerajaan negeri seperti pendatang asing".<ref>"A Report on the Census of North Borneo, 1921", London, 1922, p.6. Quoted by Lee Yong Leng, ''North Borneo: A Study in Settlement Geography'', Singapore: Eastern University Press, 1965, p.66.</ref> Pada tahun 1882, Gabenor Borneo Utara British, William Medhurst, telah meminta Walter Medhurst (yang baru sahaja menjadi Pesuruhjaya Imigresen di China) supaya menghantar buruh Cina ke Borneo Utara British. Medhurst mengumumkan bahawa orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British akan dihantar ke situ dengan percuma. Tawaran tersebut telah menggalakkan ramai orang Cina berhijrah ke Borneo Utara British. Kebanyakan daripada mereka menetap di Kudat dan Sandakan kerana bandar-bandar tersebut merupakan bandar terbesar di Borneo Utara British pada masa itu. Sewaktu Medhurst kembali ke [[United Kingdom]] pada tahun 1885, seramai 348 daripada 937 penduduk di Kudat merupakan orang Cina. Dalam kalangan 348 orang Cina tersebut, seramai 222 orang bekerja sebagai peniaga.<ref>Danny Wong Tze Ken, ''The Transformation of an Immigrant Society: A Study of the Chinese of Sabah'', London: Asean Academic Press, 1998, p.2.</ref>
 
[[File:Kudat Sabah Fuk-Tek-Kung-Temple-01.jpg|thumb|Kuil Fuk Tek Kung dibina oleh masyarakat Cina Kudat]]
 
Kepentingan Kudat menurun secara mendadak selepas [[Sandakan]] dijadikan ibu negeri Borneo Utara British yang baru. Walaupun kedatangan pekerja Cina ke Kudat kekal berterusan sehingga ke tahun 1940an, namun kadar kemasukan pendatang baru menjadi semakin perlahan.
==== Selepas Perang Dunia Kedua ====
Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Kudat tidak mengalami perkembangan yang pesat kerana kegiatan ekonomi, kebudayaan dan politik bertumpu di Kota Kinabalu (yang pada masa itu dikenali sebagai Jesselton) dan Sandakan. Tambahan pula, sesiapa yang ingin ke Kudat terpaksa menaiki kapal laut sehinggalah jalan Kota Kinabalu-Kudat dibina pada tahun 1960an. Penduduk tempatan kebanyakannya terlibat dalam penanaman pokok kelapa dan mengutip hasil laut. Industri pelancongan di Kudat tidak diberi tumpuan sehingga tahun 1990an, apabila pelancong mula melawat Kudat untuk mendalami budaya dan adat tradisi kaum Rungus.
 
[[File:Kudat wooden shops.JPG|thumb|KedaiKebanyakan lamabangunan kedai yang dibina di pusat bandar Kudat yang dibina sewaktusemasa penjajahan British masih wujud]]
 
Pada tahun 2000an, beberapa projek pembangunan telah dilaksanakan untuk mempertingkat taraf infrastruktur di Kudat. Hasilnya, Kudat mendapat beberapa hotel baru, sebuah kompleks sukan, Esplanad Sidek, dan sebatang jalan baru yang menghubungkan bandar Kudat dengan [[Lebuhraya Pan Borneo]]. Selain itu, padang golf di Kelab Golf Kudat telah diperbesar kepada 18 lubang.
 
Pihak SBUB memberi setiap pendatang Cina sebidang tanah seluas 10 ekar dan alat-alat pertanian serta bekalan makanan selama enam bulan selepas ketibaan mereka di Kudat. Pendatang tersebut pula ditugaskan membuka tanah yang diberi dan menggunakan separuh daripada tanah tersebut untuk menanam padi sawah. Mereka dibenarkan menggunakan tanah yang selebihnya untuk tanaman sara diri. Ramai di antara pendatang Hakka tersebut yang menanam ladang kelapa yang luas. Ladang-ladang tersebut masih menjadi ciri utama geografi Kudat pada hari ini. Seluas 5,740 hektar tanah di kawasan Kudat kini digunakan untuk penanaman pokok kelapa, dan seramai 3,000 buah keluarga terlibat dalam pengendalian ladang-ladang demikian.<ref>Hutton, 2003, p.13.</ref>
 
[[File:Kudat Sabah Fuk-Tek-Kung-Temple-01.jpg|thumb|Kuil Fuk Tek Kung dibina oleh masyarakat Cina Kudat]]
 
==== Zaman moden ====
Orang Hakka masih merupakan golongan yang penting dalam masyarakat Kudat. Kebanyakan kedai di bandar Kudat dan pekan-pekan lain di serata daerah Kudat (seperti Sikuati dan Matunggong) dikendali oleh orang Hakka. Selain itu, terdapat beberapa nama tempat di kawasan Kudat yang berasal daripada [[bahasa Hakka]], contohnya Lau San, Sin San, Pinangsoo, dan Pakka Choon ([[Bahasa Cina]]: 百家村; Pinyin: Bǎi jiācūn; maksud: 'Kampung seratus keluarga'). Begitu juga dengan nama beberapa batang jalan raya di Kudat, seperti Jalan Sak Fu dan Jalan Tai Cheong, yang juga mendapat nama mereka daripada perkataan-perkataan Hakka. Tambahan pula, beberapa batang jalan di bandar Kudat telah dinamakan sempena tokoh-tokoh tempatan yang berketurunan Hakka. Antaranya termasuklah Jalan Wan Siak (dinamakan sempena Leong Wan Siak; tulisan Cina tradisional: 梁萬錫; Pinyin: Liáng Wànxī), Jalan Chin Sham Choi (tulisan Cina tradisional: 陳三才; Pinyin: Chén Sāncái) dan Jalan Lo Thien Chok (tulisan Cina tradisional: 羅天爵; Pinyin: Luó Tiānjué).
 
[[File:Kudat wooden shops.JPG|thumb|Kedai lama di pusat bandar Kudat yang dibina sewaktu penjajahan British]]
 
=== Pengangkutan ===
21

suntingan