Kudat: Perbezaan antara semakan

Saiz tidak berubah ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Inisiatif ini mendapat sokongan hebat daripada Persatuan Mubaligh Kristian Basel di China. Salah satu ahli persatuan tersebut, iaitu Rudolph Lechler, digelar sebagai 'bapa penghijrahan orang Kristian di China'.<ref>Zhang, Delai: "The Hakkas of Sabah", Sabah Theological Seminary, 2002, ISBN 983-40840-0-5</ref> Beliau menggalakkan orang Kristian berketurunan suku Hakka di wilayah [[Guangdong]] untuk menerima tawaran Walter Medhurst. Kumpulan pendatang Cina yang pertama tiba di Kudat pada tahun 1883 dan membuka petempatan Lau San ([[Bahasa Cina]]: 老山; [[Pinyin]]: Lǎo Shān; maksud: 'Bukit Lama'). Pada tahun 1889, satu lagi kumpulan pendatang Cina telah tiba dan membuka petempatan Sin San (Bahasa Cina: 新山; Pinyin: Xīn Shān; maksud: 'Bukit Baru').<ref>Hutton, 2003, p.11.</ref> Pendatang-pendatang selanjutnya telah membuka petempatan yang lebih jauh dari pekan Kudat. Petempatan-petempatan tersebut termasuklah Pinangsoo ([[Tulisan Cina Tradisional]]: 槟榔樹; [[Bahasa Hakka]]: 'Bin long soo'; Pinyin: Bīnláng shù; maksud: '[[pokok pinang]]'), Tamalang, dan Sikuati (Bahasa Cina:: 西瓜地; Pinyin: Xīguā dì). Meskinpun kebanyakan daripada pendatang Cina tersebut berketurunan suku Hakka, ada juga di antara mereka yang berketurunan suku [[Hokkien]], [[Kantonis]], dan [[bahasa Hainan|Hainan]].<ref>Hutton, 2003, p.13.</ref>
 
[[File:Kudat Sabah Gereja-Basel-Lau-San-0203.jpg|thumb|Gereja Basel di Lau San didirikan oleh pendatang Hakka pada akhir abad ke-19]]
 
Pihak SBUB memberi setiap pendatang Cina sebidang tanah seluas 10 ekar dan alat-alat pertanian serta bekalan makanan selama enam bulan selepas ketibaan mereka di Kudat. Pendatang tersebut pula ditugaskan membuka tanah yang diberi dan menggunakan separuh daripada tanah tersebut untuk menanam padi sawah. Mereka dibenarkan menggunakan tanah yang selebihnya untuk tanaman sara diri. Ramai di antara pendatang Hakka tersebut yang menanam ladang kelapa yang luas. Ladang-ladang tersebut masih menjadi ciri utama geografi Kudat pada hari ini. Seluas 5,740 hektar tanah di kawasan Kudat kini digunakan untuk penanaman pokok kelapa, dan seramai 3,000 buah keluarga terlibat dalam pengendalian ladang-ladang demikian.<ref>Hutton, 2003, p.13.</ref>
21

suntingan