Histeria (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Jangan buang rujukan
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
→‎Watak dan Pelakon: Memperbaiki tatabahasa
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
'''Histeria''' adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena [[histeria]], hingga terpaksa dipanggil [[bomoh]] untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, [[tulang]], rambut, dan [[sirih]]. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. [[Pakar psikiatri]] pula mengandaikan Murni pengidap [[Paranoid Schizophrenic]], sejenis [[penyakit mental]].<ref name=wecreatemagic>[http://wecreatemagic.com/index.php?option=com_content&task=blogcategory&id=115&Itemid=189 Histeria di laman web Zereas]</ref>
 
==Watak danSenarai Pelakon==
===Watak utama===
*[[Liyana Jasmay]] sebagai Murni