Batik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
batik adalah kain khas indonesia
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.96.230.80 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 103.1.69.109
Baris 1:
'''Batik''' adalah kain khas indonesia yang berasal dari kata [[Bahasa Jawa|Jawa]] "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah [[batik tulis]], [[batik skrin]], [[batik celup]], dan [[batik terap]]. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Jepun, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam [[Melayu]], dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
 
Batik Indonesia, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober, 2009.