Kudat: Perbezaan antara semakan

1,598 bait ditambah ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
==== Zaman moden ====
Orang Hakka masih merupakan golongan yang penting dalam masyarakat Kudat. Kebanyakan kedai di bandar Kudat dan pekan-pekan lain di serata daerah Kudat (seperti Sikuati dan Matunggong) dikendali oleh orang Hakka. Selain itu, terdapat beberapa nama tempat di kawasan Kudat yang berasal daripada [[bahasa Hakka]], contohnya Lau San, Sin San, Pinangsoo, dan Pakka Choon ([[Bahasa Cina]]: 百家村; Pinyin: Bǎi jiācūn; maksud: 'Kampung seratus keluarga'). Begitu juga dengan nama beberapa batang jalan raya di Kudat, seperti Jalan Sak Fu dan Jalan Tai Cheong, yang juga mendapat nama mereka daripada perkataan-perkataan Hakka. Tambahan pula, beberapa batang jalan di bandar Kudat telah dinamakan sempena tokoh-tokoh tempatan yang berketurunan Hakka. Antaranya termasuklah Jalan Wan Siak (dinamakan sempena Leong Wan Siak; tulisan Cina tradisional: 梁萬錫; Pinyin: Liáng Wànxī), Jalan Chin Sham Choi (tulisan Cina tradisional: 陳三才; Pinyin: Chén Sāncái) dan Jalan Lo Thien Chok (tulisan Cina tradisional: 羅天爵; Pinyin: Luó Tiānjué).
 
=== Pelancongan ===
 
==== Budaya Rungus ====
 
Program ''Satu Kampung, Satu Industri'' telah dilaksanakan di beberapa buah kampung di daerah Kudat berdasarkan kegiatan tradisional penduduk Rungus setempat. Pelancong boleh melawat kampung-kampung tersebut untuk melihat bagaimana penduduk tempatan melaksanakan kegiatan tersebut. Umpamanya, di Kampung Gombizau, pelawat boleh melihat kegiatan pemeliharaan lebah madu dan pemprosesan madu lebah, manakala Kampung Sumangkap terkenal untuk kegiatan penghasilan [[gong]]. Kampung Bavanggazo pula mempunyai rumah-rumah panjang yang digunakan sebagai inapan desa (Bahasa Inggeris: ''homestay'') bagi pelawat yang ingin mendalami budaya dan gaya hidup orang Rungus. Para pelancong juga boleh mengalami gaya hidup etnik Rungus di inapan desa Misompuru yang terletak di Kampung Minyak.
 
==== Bandar Kudat ====
 
Industri pelancongan di Kudat banyak bergantung kepada suasananya yang aman dan kedudukannya yang berhampiran dengan pinggir pantai. Pelancong dari seluruh negeri Sabah melawat Kudat untuk membeli hasil lautnya yang segar dan menikmati suasana luar bandar yang tenang. Antara tarikan-tarikan pelancong di pusat bandar Kudat termasuklah Kelab Golf Kudat, Esplanad Sidek, pasar am, dan pasar ikan.
 
==== Persisiran pantai ====
 
Terdapat beberapa pantai di kawasan Kudat yang merupakan antara pantai yang terindah di negeri Sabah, contohnya Pantai Bak Bak, Pantai Pasir Putih, Pantai Kalampunian, dan Pantai Torungkungan. Tambahan pula, Tanjung Simpang Mengayau (yang merupakan bahagian paling utara pulau Borneo) turut terletak di kawasan Kudat.
 
=== Pengangkutan ===
21

suntingan