Rahmad Mega: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Julia azrina (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{rujukan}}
 
'''Rahmad Mega''' atau nama sebenarnya, '''Rahmad bin Tohak ''' telah dilahirkan pada {{birth date and age|1969|12|16}} di daerah [[Johor Bahru]], [[Johor]] Darul Takzim. Beliau merupakan salah seorang vokalis kumpulan rock yang terkenal di [[Malaysia]] sehingga kini. Sebelum menganggotai [[Kumpulan Mega]], beliau pernah menjadi vokalis kumpulan '''Gerimis''' pada akhir 1980-an.
 
== Latar belakang ==
Beliau merupakan {{Infobox musical artist|Name = Rahmad Mega|Alias = Rahmad|Associated_acts = [[Kumpulan Mega]], [[LY]]|Birth_name = Rahmad bin Tohak|birth_date = {{Birth date and age|1969|12|16}}|birth_place = {{flagicon|Johor}}[[Johor]]|Label = 1991 - 1996: [[JOJO's Production Sdn. Bhd.]]<br>1997: [[Ambang Klasik]]<br>2014 - sekarang: [[Kelarai Sakti Sdn. Bhd]]|Years_active = 1988 - sekarang|Genre = [[Rock]], [[Pop Rock]], [[Slow Rock]]|Background = solo_singer|Img = |Instrument = [[Vokal]]|Occupation = [[Penyanyi]], [[Pelakon]]|Origin = {{flagicon|Malaysia}}[[Malaysia]]}}salah seorang vokalis kumpulan rock yang terkenal di [[Malaysia]] sehingga kini. Sebelum menganggotai [[Kumpulan Mega]], beliau pernah menjadi vokalis kumpulan '''Gerimis''' pada akhir 1980-an.
 
Nama beliau mula dikenali setelah beliau mula menerajui Kumpulan Mega pada tahun 1990. Beliau sebenarnya bukanlah vokalis asal Kumpulan Mega kerana sebelum itu, Mega mula mencipta nama dengan satu-satunya lagu yang amat panjang judulnya iaitu '''Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara''' dan lagu '''Pasti''' pada tahun 1989 ketika Mega diterajui oleh vokalis asalnya, [[Asmazarith bin Ismail|Zarith]]. Kemasukan Rahmad sedikit sebanyak telah menaikkan lagi nama Kumpulan Mega dengan penghasilan lagu berhantunya iaitu '''Takdir Dan Waktu''' pada tahun 1991, ciptaan komposer ''Saari Amri'' dan '''Bayangan Gurauan''' pada tahun 1993, ciptaan komposer ''LY''.
 
== Keluarga ==
Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama isteri pertamanya dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Kemudiannya beliau berkahwin kali kedua dengan pelakon [[Ainina Ahmad B]], namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila mereka bercerai sekitar tahun 2011. Hasil perkongsian hidup beliau bersama bekas isterinya, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Selain itu, Rahmad juga mempunyai seorang anak saudara yang mengikut jejak langkahnya iaitu [[Akim]] yang kini popular menerusi dua lagunya bersama '''The Magistrate''' iaitu lagu '''Mewangi''' dan '''Potret'''.
 
== Kerjaya solo ==
Kini, Rahmad masih aktif menyanyi meskipun bergerak solo tanpa rakan-rakannya sewaktu bersama Mega iaitu Adi, Sam, Munir dan Mat Mega. Beliau juga telah menghasilkan album mininya yang berjudul '''Hujan''' pada tahun 2014 di bawah label syarikat '''Kelarai Sakti Sdn. Bhd.''' di mana syarikat tersebut diterajui oleh komposer LY, orang yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Mega yang paling berhantu iaitu '''Bayangan Gurauan'''. Selain itu, beliau kini menguruskan perniagaan secara ''multi-level'' sebagai kerja tetapnya.
[[Kategori:Penyanyi lelaki Malaysia]]