Kris (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
Julia azrina (bincang | sumb.)
Baris 21:
}}
 
Kumpulan '''Kris '''merupakan sebuah kumpulan [[Muzik rock|rock]] yang pernah aktif di [[Malaysia]] pada awal dekad [[90-an]]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu [[Sejarah_Ringkas_Rock_Malaysia|rock]] [[Melayu]].
 
== Sejarah ==
Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal [[M. Nasir]]. Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan [[kumpulan Dinamik|Dinamik]], [[Kumpulan Wow|WOW]], [[Kumpulan Black Rose|Blackrose]], [[kumpulan Damasutra|Damasutra]] dan [[kumpulan Laksamana|Laksamana]].
 
Nama asal Kris ialah '''Rajawali''' tetapi ditukar setelah terdapat [[Kumpulan Rajawali|sebuah kumpulan rock lain]] yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut.
 
==Anggota kumpulan==
Baris 65:
Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh [[LIFE Records]] bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.[[Fail:2012Ratna.jpg|thumb]][[Fail:Revivalkris.jpg|thumb]]
== Anugerah/Pencapaian ==
Kejayaan tertinggi Kris ialah di [[Anugerah Juara Lagu ke-6|Juara Lagu 1991]] di mana lagu '''Tiara''' telah membolot tiga hadiah iaitu Lirik Terbaik, tempat ketiga Persembahan Terbaik dan tempat ketiga Juara Lagu. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.
 
[[Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1991]] yang berlangsung pada awal tahun 1992 turuttelah menyenaraikan Kris sebagai salah satu finalis Top 5 kategori [[Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH)|Penyanyi Berkumpulan Popular]]. Kategori tersebut dimenangi oleh kumpulan [[Iklim (kugiran)|Iklim]].
 
Manakala [[Anugerah Industri Muzik Pertama|Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi pertama]] pada tahun 1993 turut menyenaraikan muzik video lagu dari album kedua Kris, '''Lagu Cenderawasih''' yang dibintangi pelakon [[Sharifah Haslinda]] dalam kategori [[Video Muzik Terbaik Anugerah Industri Muzik|Video Muzik Terbaik]]. Kategori tersebut dimenangi oleh muzik video lagu dari kumpulan [[Spring (kugiran)|Spring]] berjudul '''Sampai Hati'''.
 
== Rujukan ==