Rahmad Mega: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
Julia azrina (bincang | sumb.)
Baris 19:
Kini, Rahmad masih aktif menyanyi meskipun bergerak solo tanpa rakan-rakannya sewaktu bersama Mega iaitu Adi, Sam, Munir dan Mat Mega. Pada tahun 2013 beliau telah bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu [[Zamani Ibrahim|Zamani Slam]], [[Saleem|Saleem Iklim]], [[Mohd Ali bin Ismail|Ali XPDC/Terra Rossa]] dan [[Aris Ariwatan]] menjayakan sebuah konsert iaitu '''Konsert Gegar 5 Legenda''' bertempat di [[Istana Budaya]]. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.
 
Pada tahun 2014 Rahmad telah menyertai satu program realiti TV berjudul '''Gegar Vaganza''' yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi berpengalaman lebih 10 tahun untuk berentap meraih gelaran juara. Beliau berjaya menempatkan diri di pusingan akhir dan menduduki tempat keempat.
 
Beliau juga telah menghasilkan album mininya yang berjudul '''Hujan''' pada hujung tahun 2014 di bawah label syarikat '''Kelarai Sakti Sdn. Bhd.''' di mana syarikat tersebut diterajui oleh komposer LY, orang yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Mega yang paling berhantu iaitu '''Bayangan Gurauan'''. Selain itu, beliau kini menguruskan perniagaan secara ''multi-level'' sebagai kerja tetapnya.