Perbezaan antara semakan "Unggun api"

Saiz tidak berubah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
[[Imej:Campfire_4213.jpg|thumb|Api unggun sewaktu berkemah]]
'''ApiUnggun unggunApi''' adalah unggunan [[api]] di ruang luar yang dinyalakan dengan [[kayu bakar]], potongan [[kayu]], atau [[dahan]], [[ranting]], [[jerami]], atau [[daun-daun kering]]. Orang yang berkhemah, berkelah atau peminat kegiatan dalam hutan sering membuat unggun api sewaktu ber[[khemah]] atau melakukan kegiatan secara terbuka.
 
Unggunan api dinyalakan untuk melindungi diri daripada binatang buas, memanaskan badan, isyarat bahaya, upacara keagamaan atau perayaan, atau sebagai perapian untuk memasak makanan. Sewaktu berkhemah, orang sering berkumpul di sekitar unggun api untuk menyanyi, menari, atau bermain. Bahan makanan seperti [[ubi keledek]], [[ubi kayu]], atau [[jagung]] sering dimasak dengan cara dibakar dengan api unggun. Makanan juga boleh ditusuk dengan ranting kayu atau tongkat besi sebelum dipanggang. Alat masak seperti [[cerek]] dan [[periuk]] juga boleh digunakan di atas perapian dengan bantuan tungku dari batu atau kayu.