Talentime: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Penerbitan: membetulkan ejaan apaabila ke apabila
→‎Sinopsis: aje nak try
Baris 44:
Filem ''Talentime'' diusahakan oleh Chilli Pepper Films bersama Primeworks Studios, sebenarnya merupakan filem cetera kelima arahan Yasmin Ahmad selepas filem ''[[Sepet (filem)|Sepet]]'', ''[[Gubra (filem)|Gubra]]'', ''[[Mukhsin (filem)|Mukhsin]]'', dan ''[[Muallaf (filem)|Muallaf]]'' (yang dilaporkan tidak mungkin dipasarkan di Malaysia kerana Yasmin tidak setuju beberapa babak dipotong yang dikhuatiri menjejaskan jalan cerita).
 
ApbilaApabila ditanya tentang pandangan peribadinya terhadap filem ini, Yasmin berkata, "Memang saya begitu bertuah dan saya bersyukur kerana mempunyai pasukan yang cukup hebat untuk menghidupkan Talentime. Sudah lama saya mahu bekerja dengan Azean, Jit dan Sukania yang memang saya hormati dan kagumi dengan bakat mereka. Begitu juga dengan pelakon baru yang mempunyai karisma dan bakat yang cukup hebat membuatkan saya tabik dan percaya mereka adalah bakat pelapis di negara ini. Apabila mereka bersetuju untuk berlakon dalam filem Talentime, ia adalah satu penghormatan tertinggi buat diri saya. Maka dengan itu, tiada apa lagi yang mampu saya lafazkan."<ref>{{cite news|title=Manifestasi Yasmin terhadap perpaduan|author=Shazryn Mohd. Faizal|publisher=Utusan Malaysia|date=25 Mac 2009|url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0325&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm&arc=hive|accessdate=15 Ogos 2009}}</ref>
 
Beralih kepada barisan pelakon, Mahesh Jugal Kishor yang memegang watak Mahesh mengakui sukar membawa watak tersebut kerana menghadapi dugaan menguasai [[bahasa isyarat]]. Ulasnya, "Saya bergaul bersama orang cacat pendengaran untuk memahami dunia mereka. Daripada berhubung bersama mereka, saya terpesona kerana mereka lebih banyak mempunyai perasaan dan ekspresi. Segala ekspresi mereka adalah pada wajah mereka."<ref>{{cite news|title=Lucky break for Mahesh|author=Mumtaj Begum|publisher=The Star|date=23 Mac 2009|url=http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009/3/23/movies/3500296&sec=movies|accessdate=15 Ogos 2009}}</ref>