Sankaracharya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 127:
 
== Sumbangan Śaṇkara ==
 
=== Penulisan ===
 Śaṇkara merupakan seorang penulis yang prolifik. Beliau telah meninggalkan banyak karya-karya yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: Bhāṣya, Prakaraṇa, dan Stotra.
*  '''Bhāṣya''' ialah eksposisi terperinci yang berasaskan kepada kitab-kitab asas falsafah Vedanta dan agama Hindu iaitu Brahmasutras, Upanishad dan Bhagavad Gita (dikenali sebagai Prasthānatraya). Beliau juga telah menulis ulasan Viṣṇusahasranāma (Mahābhārata, Anuśāsanparva, bab 149), Sanatsujātīya (Udyogaparva, bab 40-45) dan Lalitātriśatī.
Baris 132 ⟶ 134:
*  '''Stotra''' atau puisi-puisi suci oleh Śaṇkara ialah Ānandalaharī, Bhajagovindastotra, Dakṣināmūrtyaṣṭaka, Daśaślokī, Gopālāṣṭaka, Harimīḍestotra, Manīṣāpañcaka, Śivabhujaṅgaprayāta, Sopānapañcaka dan Viṣṇuṣaṭpadī.
*  Selain ini, Śaṇkara juga dikatakan telah menghasilkan dua karya Tantra iaitu Prapañcasāra dan Saundaryalaharī.  
 
Dengan merantau ke seluruh benua India, Śaṇkara menghidupkan semula pembelajaran Veda.
 
Śaṇkara melakukan semua ini dan lebih lagi tanpa sedikit pun merendahkan martabatnya atau terpesong daripada prinsip kehidupan rahibnya. Hanya seorang Avatārapuruṣa (jelmaan Tuhan) dapat mencapai kejayaan yang mengagumkan ini.<ref>Swami Harshananda, ''A Concise Encyclopaedia of Hinduism'', jilid 3, ms 197</ref>
 
Penyatuan Agama-Agama Berlainan
 
Śaṇkara memperkenalkan bentuk pemujaan Pañcāyatana, iaitu penyembahan serentak lima dewa-dewi iaitu Ganesha, Surya, Vishnu, Shiva dan Devi Shakti. Beliau menjelaskan bahawa semua dewa-dewi ini merupakan penjelmaan berlainan Brahman Yang Esa. Dengan ini, beliau cuba untuk mengamankan perselisihan di antara penganut-penganut mengenai keagungan dewa masing-masing.
 
== Mengenai Śaṇkara ==