Perbezaan antara semakan "Putih (filem)"

2,209 bait ditambah ,  4 tahun lalu
k (Membalikkan suntingan oleh 175.142.140.6 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 210.186.110.188)
 
== Sinopsis ==
Tersebut kisah seorang gadis jelita, Putih namanya. Putih, anak malang yang didera oleh ibu dan kakak tirinya selepas kematian bapanya, Pak Sukam. Putih yang ditemani oleh dua ekor haiwan peliharaannya, Gemul dan Mikus, tinggal bersama ibu dan kakak tirinya selepas kematian ibunya Mak Labu. Gemul dan Mikus yang nakal menjadi teman tempatnya menumpang kasih. Kehidupan Putih tidak pernah tenang kerana dirinya asyik dibuli oleh Mak Kundur dan Merah. Pada suatu hari , Putih telah bermimpi bahawa dia telah berjumpa dengan ibunya dan dalam mimpi tersebut , ibunya telah membawanya ke satu pokok yang sangat besar dan mempunyai sebuah buaian yang tergantung di dahan pokok tersebut. Pada keesokan harinya, Putih lantas pergi ke pokok yang besar yang telah dia mimpikan malam tadi. Sewaktu Putih sedang asyik menyanyi dan dibuai angin, Raja Aftus yang sedang mencari haiwan buruan terdengar suaranya lalu menyuruh panglima Sulong dan laksamana mencari siapakah yang sedang menyanyi sungguh merdu itu. Setelah berjumpa dengan pemilik suara, Putera Aftus terpesona dengan wajahnya yang cantik lalu Raja Aftus ingin mendekatinya namun Putih bingkas bangun dari buaiannya dan bergegas pulang ke rumah. Putera Aftus mengarah agar orang bawahannya mengejar dan menjejaki Putih. Setelah sampai ke rumah Mak Kundur, Mak Kundur menghalau Sulong dan laksamana kerana dia tidak tahu siapa mereka sebenarnya. Setelah diberitahu akan pangkat mereka, Mak Kundur segera memohon maaf dan bertanya apa hajat mereka kemari. Setelah menyatakan hasrat mereka, Mak Kundur gembira dan mengarah Merah untuk pergi menghadap Putera Aftus di pokok yang sama pada keesokan harinya. Merah menyanyikan sebuah lagu namun buaian tersebut tidak bergerak dan suaranya yang nyaring dan sumbang membuatkan Putera Aftus marah. Mak Kundur takut lalu pulang ke rumah dan mendapatkan Putih. Putih menyanyikan sebuah lagu dan buai itu terbuai sendiri. Putera Aftus berasa sangat kagum dengan suaranya yang merdu tambah pula dengan wajahnya yang ayu. Akhirnya Putera Aftus mengahwini Putih dan Putih bahagia bersama suaminya di dalam mahligai yang dihiasi indah. Kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Putih difitnah telah melakukan perkara yang mengaibkan bersama panglima Sulong. Namun, itu hanyalah fitnah semata kerana Putih bertemu dengan Sulong hanya kerana ingin mendapatkan Mikusnya kembali. Putih dan Sulong dibuang daripada istana namun tidak lama kemudian Mak Kundur telah tertangkap menabur fitnah oleh laksamana. Putih kembali bersama Putera Aftus dan mereka hidup bersama bahagia selamanya.
Tersebut kisah seorang gadis jelita, Putih namanya. Putih, anak malang yang didera oleh ibu dan kakak tirinya selepas kematian bapanya, Pak Sukam. Putih yang ditemani oleh dua ekor haiwan peliharaannya, Gemul dan Mikus, tinggal bersama ibu dan kakak tirinya selepas kematian ibunya Mak Labu. Gemul dan Mikus yang nakal menjadi teman tempatnya menumpang kasih.
 
==Pelakon Suara==
Pengguna awanama