Playboy Itu Suami Aku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Matiia (bincang | sumb.)
Reverted 1 edit by 54.244.59.14 (talk). (TW)
→‎Sinopsis drama: Memperbaiki ejaan, Memperbaiki tatabahasa
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 48:
 
==Sinopsis drama==
''Playboy Itu Suami Aku'' mengisahkan Afina Aulia ([[Risteena Munim]]), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Raja Adrian Benjamin ([[Fattah Amin]]), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya Aulia ([[Chacha Maembong]]) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.Dia juga seorang playgirl dan Adrian merupakan salah seorang dari teman lelaki Fisya.
 
Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun nama 'manjanya' yang diberikan oleh Afina iaitu ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.
 
Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.
Baris 56:
Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.
 
Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.Afina juga telah berubah penampilan dari seorang gadis nerd menjadi seorang gadis yang amat cantik.
 
Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.