Pembahagian kuasa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
N0n3up (bincang | sumb.)
k Aristotle
Baris 14:
* [[Kehakiman]] atau pelaksana undang-undang
 
Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala [[undang-undang]] yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.gf
 
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang [[Hakim]] walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai [[kebebasan kehakiman]] dan para hakim dilindungi oleh [[kekebalan kehakiman]]. Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara [[Amerika Syarikat]]. Di sana setiap badan saling memeriksa [[penyalahgunaan kuasa]] satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya [[polis]] boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan [[legislatif]] di kebanyakan [[negara]] adalah [[dwidewan]] misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.