Kesufian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 130:
Zuhud itu walaupun terdapat persamaan antara amalan zuhud dengan pelbagai ajaran falsafah dan agama sebelum Islam, namun zuhud tetap terdapat dalam Islam. Banyak dijumpai ayat al-Qur’an mahupun hadith yang bernada merendahkan nilai dunia, sebaliknya banyak dijumpai nas agama yang memberi motivasi beramal demi memperoleh [[pahala]] [[akhirat]] dan terselamat dari siksa [[Neraka Jahannam|api neraka]] {{Quran-usc|57|19}}{{Quran-usc|93|4}}{{Quran-usc|79|37-40}}.
 
==Sejarah Peralihan Zuhud ====
Benih-benih tasawuf sudah terdapat sejak dalam kehidupan Nabi {{saw}}. Hal ini dapat dilihat dalam tingkah laku dan peristiwa dalam hidup, ibadah dan peribadi Nabi Muhammad {{saw}}. Sebelum diangkat menjadi Rasul, berhari-hari baginda berkhalwat di [[gua Hira]] terutama pada bulan [[Ramadhan]]. Di sana Nabi banyak berzikir bertafakur dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Pengasingan diri baginda merupakan acuan utama para sufi dalam melakukan khalwat. Sumber lain yang diacu oleh para sufi adalah kehidupan para sahabat Nabi yang berkaitan dengan keteduhan iman, ketaqwaan, kezuhudan dan budi pekerti luhur. Maka, setiap orang yang meneliti kehidupan kerohanian dalam Islam tidak dapat mengabaikan kehidupan kerohanian para sahabat yang menumbuhkan kehidupan sufi pada abad-abad sesudahnya.