Takbir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Baris 30:
 
Walau bagaimanapun, Syeikh Mahallî RH mengatakan wujud pendapat(qâwl) yang mengatakan bahawa bagi mereka yang tidak menunaikan haji, takbir ''muqâyyad'' itu sebenarnya dimulakan dari maghrib malam Nahar dan tamat pada subuh hari tasyrīq yang terakhir. Ada satu lagi pendapat mengatakan bermulanya ''muqâyyad'' ini daripada subuh [[9 Zulhijjah|hari 'Arâfah]] dan tamat selepas asar hari yang ke-13. Dan qâwl yang terakhir ini diamalkan oleh kebanyakan bandar dan wilayah. Imām Mahallî merujuk kepada Imām Nawawi dalam kitab Rawdhâhnya yang menegaskan bahawa qâwl inilah yang "ažhar" (nyata) di sisi muhaqiqīn kerana terdapat [[hadith|hadīś]] riwayat al-Hākim yang menyatakan Nabi {{saw}} melakukan sedemikian. Syeikh Qâlyūbî RH pula mengatakan qâwl ini termuktamad bersebab menghimpunkan hari-hari al-Ma'lūmāt & al-Ma'dūdāt iaitu [[Arafah|Arâfah]], [[Hari Raya Aidiladha|Nahar]] & [[Hari Tasyrik|hari tasyrīq]] yang tiga.
 
Walau bagaimanapun, terdapat juga yang melaungkan takbir ''muqâyyad'' bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (hari raya ke empat). Hal ini pula mengikut salah satu hadith yang berbunyi
 
{{Cquote|‘Ali dan ‘Ammar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah dan memutuskannya (berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”.<br><small>- Riwayat Imam al-Hakim</small>
 
===Lafaz takbir Hari Raya===