Surah Al-Insyiqaaq: Perbezaan antara semakan

k (Bot: Memindahkan 19 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q232904)
Kemudian Allah bersumpah dengan ciptaannya yang menakjubkan iaitu cahaya senja di kaki langit dan cahaya [[bulan (satelit)|bulan]] purnama yang menjadi madah manusia ketika melafazkan bait-bait indah. Lalu diperingatkan bahawa semua itu mempunyai peringkatnya sebelum sampai ke puncak seperti juga manusia iaitu dari alam roh, alam rahim, alam bumi, alam kubur dan alam kekal di akhirat. Ayat ini mengisyaratkan manusia itu makhluk yang terikat proses.
 
Hukum [[kebarangkalian]] menyatakan bahawa kalau kita sudah melakukan proses (ikhtiar) yang terbaik, kemungkinan besar hasilnya juga adaahadalah yang terbaik walaupun kita masih mempunyai kebarangkalian mendapat hasil sebaliknya iaitu apabila kita sudah berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, namun hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Dalam hal ini, janganlah kita berhenti melakukan ikhtiar kerana manusia diciptakan Allah setingkat demi setingkat dan bukan sekaligus iaitu kegagalan adalah sebahagian daripada proses untuk membuat kita lebih matang.
 
Setelah itu, ayat memaparkan yang [[Allah]] bertanya pula kepada manusia untuk direnung. Ada manusia yang hatinya tertutup dari [[cahaya]] [[Al-Quran]]. Akalnya tidak pernah tersentuh dengan nasihat-nasihat Ilahi malah tertutup sehingga apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud dan hatinya tidak pernah tunduk. Inilah gambaran orang-orang yang hatinya mati.
Pengguna awanama