Jerebu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 6:
[[File:Faisal Mosque.jpg|thumb|Jerebu melitupi Masjid Faisal di [[Islamabad]].]]
 
'''Jerebu''' ialah satu fenomena tradisi [[atmosfera]] di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah [[pencemaran|mencemar]] kejelasan langit. <Ref>Kamus Dewan DBP. [http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=jerebu&sid=1c891fbce14a9af8420121698186145b&findd=Cari Jerebu.] Diperolehi pada [[4 Mac]] [[2007]].</ref> Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. <ref>[http://www.wmo.ch/pages/prog/www/WMOCodes/Manual/WMO306_vol-I-2-PartB.pdf WMO Manual on Codes]</ref> Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai [[asbut]]. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
 
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."