Semenanjung Antartik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 17:
 
Orang Eropah pertama yang mendarat di benua itu juga dipertikaikan. Abad ke-19 seorang [[pemburu anjing laut]], [[John Davis (pemburu anjing laut)|John Davis]], hampir pasti yang pertama. Tetapi, pemburu anjing laut adalah berahsia mengenai pergerakan mereka dan [[buku log]] mereka sengaja diselewengkan agar tidak boleh dipercayai, untuk melindungi kawasan anjing laut baru daripada persaingan.<ref name="Stewart2011a"/>
 
Antara 1901 dan 1904, [[Otto Nordenskiöld]] mengetuai [[Ekspedisi Antartika Sweden]], salah satu ekspedisi pertama untuk menerokai bahagian Antartika. Mereka mendarat di Semenanjung Antartika pada bulan Februari tahun 1902, di atas kapal ''[[Antartika (kapal)|Antarctica]],'' yang kemudiannya karam tidak jauh dari semenanjung. Semua anak-anak kapal telah terselamat. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh sebuah kapal Argentina. [[Ekspedisi Graham Land British]] antara 1934 dan 1937 menjalankan tinjauan udara dan membuat kesimpulan bahawa Graham Land bukanlah kepulauan tetapi semenanjung.<ref name="Stewart2011a"/><ref name="aga1"/>