Sahih Bukhari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamarul Aryffin (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 15:
 
Imam al-Bukhari telah mengembara secara meluas di
seluruh empayar Abbasiyah semenjak berumur 16 tahun. Beliau telah mengumpulkan hadis-hadis yang boleh dipercayai. Ada yang mengatakan{{who}} bahawa al-Bukhari mengumpul lebih 600,000 hadis dan dimasukkan hanya sekitar 4,000 hadis di dalam Sahih nya. Imam Bukhari berkata,
"Kami bersama-sama dengan Ishaq Ibn Rahwayh (gurunya) yang berkata, 'Sekiranya
engkau menyusun kitab riwayat-riwayat hanya sahih dari Rasulullah saw.'
Cadangan ini kekal di dalam hati saya jadi saya mula menyusun Sahih". Imam al-Bukhari juga pernah bermimpi menghalau lalat dari Rasululah s.a.w. sebagai isyarat akan menulis Sahih al-Bukhari.{{fact}}
 
Kitab Sahih al-Bukhari ini merangkumi hampir semua aspek kehidupan bagi memberi bimbingan untuk mengamalkan Islam seperti kaedah menunaikan solat dan amalan lain yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Setiap bab atau bahagian di dalam Sahih al-Bukahri boleh dipecahkan di bawah tajuk kitab seperti kitab iman, kitab ilmu, kitab wuduk dan sebagainya. Imam al-Bukhari selesai kerja-kerja pengumpulan hadis sekitar tahun 846M, dan menghabiskan dua puluh empat tahun terakhir hidupnya melawat bandar-bandar dan ulama yang lain, juga mengajar hadis yang telah beliau kumpulkan. Di setiap bandar yang Bukhari lawati, beribu-ribu orang akan berkumpul di masjid utama untuk mendengar beliau membaca hadis. Berkata al-Bukhari: "aku memasuki Syam, Mesir dan Jazirah dua kali, aku memasuki Basrah empat kali, Hijaz enam tahun, dan aku tidak dapat menghitung berapa kali aku masuk
dan keluar dari Baghdad dan Kufah bersama para Muhaddith lainnya.." {{fact}}
Basrah empat kali, Hijaz enam tahun, dan aku tidak dapat menghitung berapa kali aku masuk
dan keluar dari Baghdad dan Kufah bersama para Muhaddith lainnya.."
 
Imam Bukhari juga pernah bermusafir ke Makkah bersama ibu dan saudara lelakinya.
Ketika sesampainya di Makkah, mereka melakukan ibadah haji kemudian ibu dan saudara
lelakinya meninggalkan Imam Bukhari dalam mencari Hadis.{{fact}} Antara negeri-negeri yang
telah dilaluinya adalah seperti Khurasan, Iraq, Hijaz, Syam, Basrah dan Mesir. Ini semua
menunjukkan kesungguhan dan kesabaran Imam Bukhari dalam menjelajah mencari ilmu
Baris 34 ⟶ 33:
merujuk dan menunjukkannya kepada (guru-gurunya seperti) Ahmad bin Hanbal, Yahya ibn
Main, Ali ibn Madini dan juga kepada orang-orang lain.." Maka mereka (guru-gurunya)
semua berkata: "ianya amat baik, (mereka setuju dengan semuanya) kecuali empat hadis..."{{fact}}
Walaubagaimanapun, setelah al-U'qaili mengkaji semula empat hadis yang diperselisihkan
itu, beliau mendapati hujah-hujah al-Bukhari adalah lebih kuat dan beliau tetap bersetuju
dengan penilaian al-Bukhari bahawa ianya adalah hadis-hadis yang sahih.
 
Pada mulanya kitab Sahih al-Bukhari hanya ditulis tangan (tanpa cetakan) sehinggalah Maulana Ahmad Ali Saharanpuri رحمه الله تعالى juga adalah Muhadith yang pertama,{{fact}} bukan sahaja di India tetapi di dunia, telah berjaya menerbitkan Sahih Bukhari dalam bentuk cetakan. (Nota -  sebelum ini, semua makhtutat/manuskrip yang sedia ada dari sahih Bukhari adalah dalam bentuk tulisan tangan). Oleh itu, melalui usaha gigih beliaulah, versi cetakan Sahih Bukhari telah wujud di dunia ini bagi memudahkan penuntut ilmu hadith.Jilid pertama telah berjaya diterbitkan pada tahun 1851 M dan jilid yang kedua telah berjaya diterbitkan pada tahun 1853 M. Cetakan pertama dilakukan oleh Muhadith di Timur Tengah (Mesir) sekitar 10 tahun selepas itu. <ref name=":0">http://wirapendang.blogspot.my/2015/02/al-muhadith-maulana-ahmad-ali.html</ref>
 
Usaha menyempurnakan cetakan Sahih al-Bukhari bukanlah kerja yang mudah, bahkan ianya melibatkan usaha pencarian salinan asal dari setiap makhtutat/manuskrip Sahih Al-Bukhari yang ada pada masa itu. Ianya memerlukan seorang yang betul-betul berkemahiran tinggi untuk melakukannya. Semua ulama dan tokoh hadith di seluruh dunia Islam telah mengakui{{who}} bahawa cetakan Sahih Al-Bukhari yang telah dihasilkan oleh Al-Muhadith Maulana Ahmad Ali Saharanpuri رحمه الله تعالى merupakan cetakan sahih dan lagi dihormati. Hal ini adalah kerana beliau sendiri mempunyai dua makhtutat/manuskrip asal Sahih Al-Bukhari. Satu manuskrip asal adalah dari Al-Imam Muhammad Saghani رحمه الله تعالى tokoh hadith pada abad 7 di mana ianya telah dianggap sebagai Al-Muhadith yang mempunyai salinan asal makhtutat/ manuskrip Sahih Al-Bukhari yang telah mendapat pengesahan secara langsung dari anak murid Imam Al-Bukhari رحمه الله تعالى iaitu Al-Imam Muhammad ibn Yusuf al-Firabri  رحمه الله تعالى .<ref name=":0" />
 
Salinan makhtutat/manuskrip yang lain adalah dari gurunya iaitu Shah Muhammad Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى yang merupakan koleksi simpan warisan daripada datuknya iaitu Shah Abd Aziz Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى . Makhtutat/manuskrip yang ada pada Shah Abd Aziz Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى adalah koleksi simpanan warisan daripada bapa beliau iaitu Shah Waliyullah Dehlawi رحمه الله تعالى. Makhtutat/manuskrip ini sebenarnya adalah salinan kepada makhtutat/manuskrip yang ada pada tokoh hadith pada abad 12 hijrah iaitu Al-Imam Al-Hafiz Abdullah Bin Salim Al-Basri رحمه الله تعالى . <ref name=":0" />