Orang Suluk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 12:
|related = [[Orang Visaya|Visaya]], [[Orang Moro|Moro]] lain,<br/>[[Etnik Melayu|Melayu]], [[Orang Filipino|Filipino]] lain,<br/>[[Orang Austronesia]] lain
}}
'''Kaum Suluk''' atau '''Tausūg''' berasal daripada [[Kepulauan Sulu]] dan [[Borneo]] ([[Sabah]]) sejak zaman [[Kesultanan Sulu]] lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa [[Bahasa Tausug]] sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama [[Islam]]. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi.
 
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun bahasa seharian mereka menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab. Pulau Tambisan telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber di Negeri Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab.