Perjanjian Pangkor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Sebab: kenyataan salah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 34:
# Kedua belas  –  Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan Province Wellesley (Seberang Perai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya, seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan Perak.
# Ketiga belas  –  Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segara dibawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad.
# Keempat belas  –  Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat dan Great Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan.<ref>''Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965)'', Institut Terjemahan Negara, Kuala Lumpur, 2008. (Paparan ini merupakan terjemahan isikandung Perjanjian Pangkor ke Bahasa Malaysia moden oleh Institut Terjemahan Negara dan bukannya transkripsi rumi dari tulisan Jawi yang asal. )
 
''Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965)'', Institut Terjemahan Negara, Kuala Lumpur, 2008.
</ref>