Iklim khatulistiwa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Frankhafis (bincang | sumb.)
k Iklim khatulistiwa
Baris 1:
'''Iklim khatulistiwa''', juga dikenali sebagai '''iklim hutan hujan tropikakhatulistiwa''', ialah sejenis [[iklim tropika|iklim]] yang tidak mengalami [[musim kering]], iaitu kesemua 12 bulan dalam setahun mencatat nilai [[kerpasan]] min sekurang-kurangnya 60 mm (2.36 inci). Iklim khatulistiwa tiada musim panas dan sejuk yang ketara, sebaliknya bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun dengan hujan lebat yang turun pada waktu petang hampir setiap hari. Panjang waktu siangnya hampir sama setiap hari, meskipun jurang perbezaan suhu purata antara siang dan malam jauh lebih ketara berbanding perbezaan suhu purata antara "musim panas" dan "musim sejuk".
 
Iklim khatulistiwa biasanya ditemui di [[garis lintang]] antara lima darjah di Utara dan Selatan dari [[khatulistiwa]] yang didominasi oleh [[Zon Pertemuan Antartropika]]. Namun demikian, di tempat lain wujudnya juga [[mikroiklim]] tropika, apatah lagi bukan semua tempat di sepanjang rantau khatulistiwa beriklim khatulistiwa (lihat juga [[zon kering khatulistiwa]]).