Paolo Thaon di Revel: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
[[File:Amiral Paolo Thaon di Revel N53030881 JPEG 1 1DM (cropped).jpg|thumbnail|left]]
'''Paolo Emilio Thaon di Revel, 1 Duca del Mare''' (10 Jun 1859 - 24 Mac 1948) adalah seorang [[Laksamana Armada|Laksamana Besar]] (''Grande Ammiraglio'') dalam Tentera Laut Diraja Itali (''[[Regia Marina]]'') semasa [[Perang Dunia I]] dan kemudiannya menjadi seorang ahli politik.
 
Thaon di Revel dilahirkan di [[Turin]] daripada keluarga [[bangsawan]] [[Savoyard]] dan [[Nice|Niçard]] berketurunan [[orang Scotland]], anak kepada [[Marquess]] dan [[Count]] [[Ottavio Thaon di Revel]].
Beliau telah mengambil bahagian sebagai [[Laksamana Muda]] dalam [[Perang Itali-Turki]], memerintah kapal-kapal perang Itali dalam [[Pertempuran Beirut]].
 
Beliau dua kali bertugas sebagai Ketua Turus Tentera Laut semasa [[Perang Dunia I]] dan enggan mengambil risiko meletakkan armada perang Itali di mana-mana selain daripada pertempuran besar laut. Pada 3 Februari 1917, beliau menggantikan [[Putera Luigi Amedeo, Duke Abruzzi|Duke Abruzzi]] sebagai Panglima Tentera Laut Itali.<ref>{{cite news|title= http://encyclopedia.1914-1918-online.net/article/italian_front}}</ref> Selepas kekalahan Itali di [[Pertempuran Caporetto|Caporetto]] pada November 1917, beliau menguasai kawasan pantai. Beliau menyukai pertempuran kapal-kapal kecil, seperti kapal [[MAS (kapal)|MAS]] yang menenggelamkan kapal tempur Austria ''[[SMS Szent István|Szent István]]'' pada Jun 1918. Pada hari-hari terakhir peperangan beliau memimpin [[Pertempuran Durazzo (1918)|pengeboman Durazzo]]<ref name="Kabashi">{{cite news|last=Kabashi|first=Gezim|title=Fotot e Rralla - Bombardimi i Durresit me 2 Tetor 1918 ({{lang-en|Rare Photos - Bombing of Durres on October 2, 1918}})|url=http://gazetaedurresit.com/fotot-e-rralla-bombardimi-i-durresit-me-2-tetor-1918/|newspaper=Gazeta e Durresit|date=December 24, 2012}}</ref> dan penaklukan pantas pantai [[Istria]] dan [[Dalmatia]].
 
Pada tahun 1917 beliau telah dilantik ke [[Dewan Senat Itali]]. Pada November 1921, sewaktu berkhidmat sebagai Ketua Turus Tentera Laut Itali, beliau adalah wakil tentera laut Itali ke [[Persidangan Tentera Laut Washington|Persidangan Senjata Washington]].<ref>{{cite news|title=To Attend Washington Conference|url=http://chroniclingamerica.loc.gov/lccn/sn82014086/1921-11-12/ed-1/seq-5/|work=Norwich Bulletin|date=12 November 1921|location=Norwich, Connecticut|page=5}}</ref>
 
Pada tahun 1922, beliau telah dijadikan ahli bangsawan oleh Raja [[Victor Emmanuel III]] dan dikurniakan [[gelaran]] ''Duca del Mare'' Pertama ("Duke of the Sea"). Pada Oktober 1922 beliau telah dilantik Menteri Tentera Laut dan ketua penasihat kepada Raja Victor Emmanuel III; beliau meletakkan jawatan Menteri pada tahun 1925. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Besar (penerima tunggal pangkat tersebut) pada 4 November 1924. Beliau merupakan [[Presiden Dewan Senat Itali]] dari tahun 1943 hingga 1944 selepas kejatuhan rejim fasis.
 
Thaon di Revel meninggal dunia di Rom pada tahun 1948. Beliau telah dikebumikan didalam gereja [[Santa Maria degli Angeli e dei Martiri]], bersebelahan dengan Marsyal [[Armando Diaz]].
13,409

suntingan