Tamadun Islam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{msg:Islam}}
Tamadun [[Islam]] merupakan sebuah tamadun yang amat berbeza dengan tamadun-tamadun dunia lain. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti [[Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina|Ibn Sina]] atau [[Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina|Avicenna]], [[Abul Waleed Muhammad Ibn Rushd|Ibn Rushd]] atau [[Abul Waleed Muhammad Ibn Rushd|Averroes]] dan [[Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi|Al-Khawarizmi]] telah menyumbang kepada pembangunan [[sains]] dan [[teknologi]] dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada [[Zaman Pembaharuan]] ([[bahasa Inggeris]]: ''Renaissance'') di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
 
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam [[Sepanyol]] dan lain-lain wilayah di [[Timur Tengah]]. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu [[falsafah]], [[perubatan]], [[astronomi]], [[matematik]], [[logik]], [[Etika|akhlak]], [[kimia]], dan [[algebra]]. Lahir Universiti-universiti [[Universiti Naples|Naples]], [[Universiti Bologna|Bologna]], [[Universiti Paris]], [[Universiti Oxford|Oxford]], dan [[Unversiti Koln|Koln]], akhirnya Eropah berjaya melepasi [[Zaman Kelam]] meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.