Layanan à la française: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Layanan à la française''' atau '''''Service à la française''''' ([[Bahasa Perancis]], "layanan dalam gaya Perancis") adalah amalan yang menghidangkan pelbagai hidangan juadah pada masa yang sama, berbeza dengan ''[[service à la russe]]'' (dalam Perancis, "layanan dalam gaya Rusia"), di mana hidangan dibawa berturut-turut dan disajikan secara individu.<ref>[http://www.cuisinenet.com/digest/custom/restaurant/a_la_russe.shtml Service à la Russe] CuisineNet. Retrieved: 2012-12-01.</ref> Makan malam formal dihidangkan ''à la française'' dari Zaman Pertengahan sehingga abad ke-19.
 
Santapan ini dibahagikan kepada tiga hidangan: sup dan ikan; daging panggang; dan pencuci mulut. Setiap juadah termasuk pelbagai hidangan, semua disajikan pada masa yang sama di meja dengan pencuci mulut dan pembuka selera. Tetamu berkumpul di sekeliling meja dan melayan diri mereka sendiri dengan memilih makanan yang dikehendaki mereka. Meja disusun dan dihidangkan sebelum kedatangan tetamu, dengan pelayan membawa makanan dan pinggan mangkuk baru yang disediakan secara berperingkat, untuk menggantikan apa yang telah dikosongkan supaya meja itu sentiasa dipenuhi dengan makanan.