Pasaraya Besar Giant: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23:
 
Setelah usaha enam tahun yang merangkumi mereka bentuk gedungnya, pengenalan produk bukan makanan dalam pasar raya besar Giant, pelaksanaan piawaian runcit antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi, Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia.
[[imej:Gambar Pasaraya Besar Giant Kulim.jpg|300px|right]]
 
Pada 1999, gedung Giant Hypermarket pertama dibuka di [[Shah Alam]], [[Selangor]]. Menjelang tahun [[2006]], syarikat ini telah mengembang untuk mengoperasi sejumlah 86 pasar raya besar/pasar raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar raya besar 350,000 kaki persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11,000 kaki persegi di [[Bangsar]], Kuala Lumpur. Rangkaian ini juga meliputi 6 gedung di selatan Malaysia iaitu [[Singapura]]. Pasar raya besar Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah.Cawangannya yang baru pula dibuka di Bandaraya Kuala Terengganu,Terengganu pada 2008 yang terletak di hadapan 'Bukit Hollywood' Kuala Terengganu iaitu Bukit Besar.