Masakan Asia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 55:
 
Biri-biri dan kambing sentiasa menjadi daging yang digemari di Timur Tengah. Daging babi adalah diharamkan dalam kedua-dua agama Islam dan Yahudi, oleh itu, jarang dimakan di rantau ini. Menonjol di kalangan penyediaan daging adalah daging panggang, atau [[kebab]]. Stew daging dan sayur-sayuran, dihidangkan dengan nasi, bulgur, atau roti, adalah satu lagi bentuk penyediaan daging di rantau ini.
 
Sayur-sayuran dan kekacang adalah makanan ruji yang utama majoriti besar rakyat di Timur Tengah. Ia biasa direbus, dipanggang, disumbat, dan dimasak dengan daging dan bersama nasi. Antara sayur-sayuran daun hijau, pelbagai jenis kubis, bayam, dan chard digunakan secara meluas. Akar dan bebuli sayur-sayuran, seperti bawang dan bawang putih, dan juga lobak merah, turnip, dan bit sama-sama lazim digunakan.
 
== Masakan Asia Utara ==