Rufaqa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Puterizubair (bincang | sumb.)
Puterizubair (bincang | sumb.)
Baris 16:
[[Kementerian Dalam Negeri]] , [[Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]] ([[Jakim]]) dan pegawai [[Ibu Pejabat Polis Bukit Aman]] merampas buku dan risalah dari ahli kumpulan Rufaqa’ yang ditahan untuk dijadikan bukti.
 
[[Abdul Rahman Palil]] menyatakan ; Ashaari berdiam diri lebih 10 tahun , giat mencari ahli baru dan sebuah [[banglo]] di [[Nilai Spring]], [[Nilai]] , [[Negeri Sembilan]] dijadikan sebagai markas baru. Ashaari Muhamad didakwa memperkenalkan ([[mentera]]) yang menyimpang akidah untuk rawatan kasih sayang kepada pengikutnya.
 
Skrip [[mentera]] berkenaan ;
 
‘‘Assalamualaikum [[Abuya]], [[Ruhul Muqaddasah]], [[Sohibus Zaman]], [[Fata At-Tamimi]], bantulah kami anak-anakmu, minta power, [[Abuya Sohibus Zaman]], minta power, [[Aurad Muhammadiah]], yang Tuhan simpankan di [[Luh Mahfuz]], untuk [[Putera Bani Tamim]], sebagai karomahnya yang engkau anugerahkan kepadanya, untuk buangkanlah segala bisa-bisa, penyakit zahir dan batin dan segala gangguan yang ada dalam diri kawan saya, dengan izin Mu ya Allah, dengan berkat Fata At-Tamimim, dengan berkat [[Imam Mahdi]],”. Kemuncak kematangan karomah atau power ialah apabila pengikut menuding jari ke arah kapal terbang dengan niat jatuh, akan jatuhlah kapal terbang itu.
 
Penceramahnya mendakwa pengikut Fata At-Tamimi bakal memperoleh karomah Imam Mahdi yang akan mengalir pada setiap orang dengan mengamalkan Aurad Muhamadiah. Dengan karomah itu barulah ahli Rufaqa’ boleh menentang Yahudi dan Nasrani manakala yang tidak mengamalkannya akan menjadi pengikut ‘[[Dajal]]’.
 
==Perbicaraan Rufaqa==