Kem tahanan Auschwitz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
k Zayn al aziz telah memindahkan laman Kem tumpuan Auschwitz ke Kem tahanan Auschwitz: Perkataan tumpuan adalah salah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16:
'''Auschwitz-Birkenau''' (''{{Audio|De-Konzentrationslager_Auschwitz.ogg|Konzentrationslager Auschwitz}}'') ialah [[Kem tahanan Nazi|kem tahanan]] terbesar yang dibina pihak [[Jerman Nazi]]. Tapaknya terletak di negara [[Poland]], kira-kira 50 kilometer di barat bandar [[Kraków]] dan 286 kilometer di selatan bandar raya [[Warsaw]]. Nama kem ini bersempena pekan [[Oświęcim]] yang berhampiran. Nama Birkenau pula diterjemah dari ''Brzezinka'', iaitu menyentuh [[Pokok Birch|pokok-pokok ''birch'']] yang mengelilingi tapak tersebut. Berikutan [[Serangan Poland (1939)|serangan Jerman terhadap Poland]] pada September 1939, Oświęcim diilhak oleh Jerman lalu diberi nama ''Auschwitz'' dalam bahasa Jerman.
 
Komandan kem [[Rudolf HessHöss]] memberi keterangan di [[Perbicaraan Nuremberg]], bahawa sebanyak 3 juta orang mati di Auschwitz. Muzium Negeri Auschwitz-Birkenau pula membetulkan jumlahnya kepada 1.1 juta,<ref name="harmon-drobnicki">Brian Harmon, John Drobnicki, [http://nizkor.org/features/techniques-of-denial/appendix-2-01.html Historical sources and the Auschwitz death toll estimates], [http://nizkor.org ''The Nizkor Project'']</ref><ref>Piper, Franciszek & Meyer, Fritjof. [http://www.auschwitz-muzeum.oswiecim.pl/html/eng/aktualnosci/news_big.php?id=563 "Die Zahl der Opfer von Auschwitz. Neue Erkentnisse durch neue Archivfunde"], ''Osteuropa'', 52, Jg., 5/2002, pp. 631-641, (rencana ulasan).</ref> 90% daripadanya berketurunan [[Yahudi]] dari merata Eropah.<ref name=Piper62>Piper, Franciszek Piper. "The Number of Victims" in Gutman, Yisrael & Berenbaum, Michael. ''Anatomy of the Auschwitz Death Camp'', Indiana University Press, 1994; this edition 1998, p. 62.</ref> Kebanyakan mangsa dibunuh dengan tersedut gas [[Zyklon B]] di [[Bilik gas|bilik-bilik gas]] Auschwitz II; tidak pun mereka mati akibat dibiarkan kebuluran, buruh paksa, ketiadaan kawalan penyakit, hukuman mati secara individu, dan kononnya "eksperimen perubatan".
 
Pada tahun 1947, sebagai tanda mengingati mangsa-mangsa, Poland menubuhkan muzium di tapak kem tumpuan Auschwitz. Pada tahun 1994, seramai 22 juta pengunjung, iaitu 700,000 setiap tahun, telah melalui pintu besi yang beralaskan cogan kata "''[[Arbeit macht frei]]''" (Kerja membawa kebebasan). Ulang tahun pembebasan Auschwitz oleh tentera [[Kesatuan Soviet|Soviet]] pada 27 Januari 1945 disambut pada [[Hari Peringatan Holokus]] di beberapa negara.