Divisyen 1 Panzer SS Leibstandarte SS Adolf Hitler: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
perbaiki tatabahasa.
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 55:
'''Divisyen 1 Panzer SS ''Leibstandarte SS Adolf Hitler''''' (disingkatkan '''1. SS-Pz.Div. LSSAH''') bermula sebagai [[pengawal peribadi]] [[Adolf Hitler]], bertanggungjawab melindungi nyawa Führer, pejabat dan kediamannya. Bermula dengan saiz sebuah [[rejimen]] (briged), LSSAH akhirnya berkembang menjadi sebuah unit elit [[Divisyen (tentera)|bersaiz divisyen]]. Istilah ''Leibstandarte'' berasal daripada ''Leibgarde'' – penterjemahan kuno Jerman "Garde du Corps" atau pengawal peribadi seorang pemimpin tentera ("Leib" = bermaksud "badan, tubuh") – dan ''Standarte'': Istilah ''[[Schutzstaffel]]'' (SS) atau ''[[Pasukan SA|Sturmabteilung]]'' (SA) bagi unit bersaiz rejimen.
 
LSSAH secara bebas terlibat dalam pertempuran semasa [[Penjajahan Poland]], dan telah disatukan dalam ''[[Waffen-SS]]'' berserta dengan ''[[SS-Verfügungstruppe]]'' (SS-VT) dan unit-unit kombat ''[[SS-Totenkopfverbände]]'' (SS-TV) sebelum operasi [[Operasi Barbarossa|''Barbarossa'']] pada tahun 1941. Pada penghujung [[Perang Dunia II]] saiznya bertambah daripada rejimen kepada sebuah [[Divisyen Panzerpanzer]].
 
Lambang divisyen ''Leibstandarte'' ialah [[anak kunci]], sebagai menghormati komander pertamanya, [[Sepp Dietrich|Josef "Sepp" Dietrich]] (''Dietrich'' dalam bahasa Jerman bermaksud anak kunci atau [[Mangga (ibu kunci)|pengumpil mangga]]); ia telah dikekalkan dan diubah suai kemudian untuk menjadi simbol bagi [[Kor I Panzer SS]]. Divisyen elit yang merupakan komponen ''Waffen-SS'' ini, telah didapati bersalah kerana jenayah perang di [[Perbicaraan Nuremberg]]. Anggota-anggota LSSAH telah terlibat dengan pelbagai kekejaman. Mereka telah membunuh sekurang-kurangnya 5,000 orang tawanan perang sepanjang tahun 1940–1945, kebanyakkannya di Barisan Timur.{{sfn|Margolian|2000|p=14}}