Koperal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Pangkat Tentera}} '''Koperal''' ialah sejenis pangkat tentera yang digunakan dalam bentuk tertentu oleh kebanyakkan militari dan oleh beberapa pasuka...'
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 3:
'''Koperal''' ialah sejenis pangkat [[tentera]] yang digunakan dalam bentuk tertentu oleh kebanyakkan militari dan oleh beberapa pasukan [[polis]] atau pertubuhan berseragam yang lain. Didalam [[NATO]], setiap keanggotaan negara yang mempunyai pangkat tentera koperal telah digabungkan dibawah [[Pangkat dan insignia NATO|skala pangkat standard NATO]] kod OR-4.
 
Pangkat koperal biasanya memimpin sebuah [[Seksyen (unit tentera)|seksyen]] atau [[skuad]] askar. Walau bagaimanapun, dalam [[Tentera Darat Amerika Syarikat]], pangkat koperal jarang digunakan kerana kebanyakkan pangkat E-4 adalah pakar[[Spesialis (pangkat)|spesialis]] dan boleh melakukan kerja yang sama seperti koperal buat. Seperti dalam Jadual Organisasi & Kelengkapan (Table of Organization & Equipment; TO&E) pangkat seorang ketua tim ialah sarjan manakala ketua skuad ialah staf sarjan. Dalam [[Kor Marin Amerika Syarikat]], koperal ialah pangkat Jadual Organisasi (Table of Organization; TO) bagi ketua tim raifel, ketua tim mesingan, ketua skuad mortar ringan, dan ketua skuad senjata serangan, dan juga jurumeriam yang bertugas dengan senjata (iaitu mortar sederhana, mesingan berat, misil anti-kereta kebal), kenderaan armor (contohnya kereta kebal, kenderaan armor ringan, dan kenderaan serangan armor), dan dua asisten jurumeriam pada sebuah howitzer (jurumeriam ialah sarjan).
 
Di kebanyakkan negara yang memperolehi struktur tentera mereka dari sistem [[Angkatan Tentera British|ketenteraan British]], koperal adalah pangkat yang lebih kanan dari prebet. Bagaimanapun, di beberapa negara yang lain, seperti Kanada, Itali dan Norway, koperal adalah pangkat rendah, menandakan seorang askar yang lebih berpengalaman daripada prebet, dan juga dibayar gaji tinggi, tetapi tiada jawatan pemerintahan tertentu yang secocok dengan pangkat itu, sama seperti pangkat [[Spesialis (pangkat)|spesialis]] dalam Tentera Darat A.S.