Pingat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 13:
[[Pingat kebesaran tentera]], anugerah perkhidmatan, dan medal sering tersilap dikelirukan antara satu sama lain. ''Pingat kebesaran'' ialah istilah bagi anugerah yang memerlukan tindakan tertentu kepahlawanan atau pencapaian (seperti Victoria Cross British atau Silver Star Amerika), manakala ''anugerah perkhidmatan'' atau ''medal kempen'' dikurniakan untuk perkhidmatan dalam kapasiti tertentu dalam kawasan geografi dan rangka masa tertentu (seperti Pingat Kempen Iraq). Walau apapun, anugerah atau bintang kebesaran boleh dikurniakan sebagai pingat.
 
[[Republik Rom]] mengguna pakai sistem terperinci [[Pingat kebesaran tentera Rom dan hukuman|anugerah tentera]] yang mengandungi pingat-pingat yang dipanggil [[Phalera (pingat bintang tentera)|phalerae]] untuk dikurniakan kepada [[askar]] dan [[unit tentera]] kerana pelbagai pencapaian. Amalan itu telah dihidupkan semula dalam zaman Moden Awal, dan pingat mula dipakai pada dada sebagai sebahagian daripada standard [[pakaian seragam|uniform tentera]]. [[Kongres Kontinental]] Amerika Syarikat mengurniakan [[Fidelity Medallion]] (Pingat Kesetiaan) seawal tahun 1780, kepada 3 orang tertentu dalam peristiwa tertentu, sebagai anugerah sekali sahaja, yang merupakan ciri-ciri awal pingat kebesaran. Pada tahun 1782, [[Badge of Military Merit]] telah diwujudkan, dan semuanya dikurniakan kepada tentera bukan pegawai. [[Legion of Honour|Légion d'honneur]] dizahirkan oleh [[Napoleon Bonaparte]] pada tahun 1802 mempunyai beberapa ciri darjah kebesaran tentera lama, tetapi bertujuan menjadi lebih inklusif, dan telah dikurniakan kepada barisan askar sempena keberanian atau khidmat yang luar biasa. Negara-negara lain pula mengikuti apabila pihak British mengurniakan [[Army Gold Medal]] bermula tahun 1810, namun ia hanya diberikan kepada pegawai-pegawai kanan, dan pihak [[Prusia]] mengurniakan [[Iron Cross]] bermula tahun 1813. Pingat tidak dikurniakan kepada semua pejuang dalam sesuatu peperangan atau pertempuran sehingga abad ke-19, apabila [[Waterloo Medal]] merupakan pingat pertama British diberikan pada semua yang terlibat, dalam [[Pertempuran Waterloo]] dan semua kempen berkaitan pada tahun 1815. Menjelang pertengahan abad ke-19, bilangan anugerah yang digunakan telah berkembang pesat di kebanyakan negara yang menuju ke tahap moden.
 
[[Image:Medalsofhonor2.jpg|thumb|240px|left|Jenis-jenis [[Medal of Honor]] Amerika Syarikat. Setiap medal direka dengan bentuk bintang yang unik.]]