Perjanjian Vereeniging: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Pada 31 Mei 1902, ketua-ketua puak Afrikaner bersama pihak British telah menandatangani '''Perjanjian Vereeniging'''. Pihak British diwakili oleh [[Lord Kitchener]] dari [[Khartoum]] dan [[Lord Milner]] [[Pesuruhjaya Tinggi]] British Afrika Selatan, manakala pihak Afrikaner diwakili perwakilan Republik South Afrika dan Orange Free State. Perjanjian ini bertujuan mengakhirkan kedinginan antara kedua belah pihak dan memberi Afrikaner kuasa membentuk [[kerajaan autonomi]] di [[Transvaal]] dan [[Orange Free State]] dalam koloni [[Empayar British]].
 
Antara lain, pihak British telah berjanji untuk memberi perlindungan terhad kepada bahasa [[Afrikaan]]. Mereka juga berjanji untuk menjaga hak [[ekonomi]] puak Afrikaner dan keselamatan hartabenda mereka. Puak Afrikaner pula bersetuju untuk setia kepada Raja England iaitu Raja [[Edward VII]].
 
Pihak British juga bersetuju untuk membayar £3 juta kepada pihak Afrikaner atas kerugian yang mereka alami. Sewaktu [[Perang Afrikaner]], sejumlah 28,000 askar British terkorban. Manakala bagi pihak [[Afrikaner]], 4000 askarnya terbunuh, dan ianya tidak termasuk 20,000 orang awam yang mati dalam [[kem tahanan]]. Beribu-ribu kaum kulit kulit hitam juga telah terbunuh di kem tahanan British.