Ganesha: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 31:
# Pārvati membuat patung seorang kanak-kanak dengan daki badan-Nya, dan meniupkan nyawa ke dalamnya. Kemudian, Pārvati mengarahkan budak itu untuk menjaga pintu rumah-Nya. Apabila Śiva ingin memasuki rumah itu, penjaga pintu baru itu menghalang-Nya. Śiva menjadi murka dan memenggal kepala budak itu. Apabila Pārvati mendapat tahu tentang trajedi yang berlaku, Dewi menjadi amat sedih. Sementara itu, seseorang telah memakan kepala budak itu. Bagi membetulkan 'kesalahan-Nya', Śiva mendapatkan kepala gajah dan memasangnya pada jasad budak itu dan menghidupkannya. Kemudian, Śiva melantik anak-Nya sebagai ketua kumpulan Gaṇa atau Gaṇapati.
# Gaṇapati muncul daripada keserian rupa Śiva yang menggambarkan prinsip angkasa atau ākāśatattva. Ketampanan dan keseriannya yang memikat hati memurkakan Pārvati. Pārvati menyumpahnya, menyebabkan rupa-Nya menjadi hodoh.
 
== Simbolisme Gaṇapati ==
Gaṇa bermaksud kategori. Semua pengalaman yang diperolehi melalui pancaindera dan semua yang difahami boleh dikelaskan atau dikategorikan. Prinsip yang menyebabkan kewujudan semua kategori ini ialah Gaṇapati atau Tuhan semua kategori. Ini sebenarnya bermaksud, asal-usul ciptaan atau Tuhan.
 
Satu perkataan umum bahasa Sanskrit untuk gajah ialah 'Gaja'. Maka, nama 'Gajānana' atau 'Gajamukha' ('muka gajah') diberikan. Namun, perkataan 'Gaja' mempunyai maksud yang mendalam. 'Ga' merujuk kepada 'gati' atau matlamat akhir yang ditujui oleh seluruh ciptaan, sama ada secara sedar atau tidak sedar. 'Ja' pula merujuk kepada 'janma', iaitu kelahiran atau asal-usul. Maka, 'Gaja' bermaksud Tuhan, iaitu asal-usul ciptaan dan matlamat akhir semua. Inilah maksud simbolik kepala gajah.
 
Satu lagi faktor dalam ciptaan ialah mikrokosmo (sūkṣmāṇḍa) dan makrokosma (brahmāṇḍa) yang merupakan replika satu sama lain. Kepala gajah merujuk kepada makrokosmo dan badan manusia pula ialah mikrokosmo. Kedua-duanya menjadi satu unit. Oleh kerana makrokosmo ialah matlamat mikrokosmo, bahagian gajah telah diberikan kepentingan dengan menjadikannya kepala. Kenyataan yang paling berani yang pernah dibuat ialah ayat suci dalam Chāndogya Upaniṣad (6.8.7): 'tat-tvam-asi', 'Kaulah Itu'. Maksudnya ialah: 'Kau, jiwa yang kerdil, ialah sebenarnya Kebenaran Kosmik, Yang Mutlak (dalam kata lain, 'Tuhan').' Rupa gajah-manusia ini ialah satu gambaran iconografi kenyataan Vedanta ini. Kepala Gajah menggambarkan prinsip kosmik manakala badan manusia pula menggambarkan jiwa individu.
 
== Gāṇapatya ==