Perbezaan antara semakan "Salafi"

4,454 bait ditambah ,  5 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Bot: Memindahkan 37 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q191057)
'''Salafi''' ({{lang-ar|سلفي}}) adalah pengikut gerakan Islam yang mengambil generasi pendahulu mereka yang salih, ''[[Salaf]]'' di zaman awal Islam, sebagai model teladan.<ref>''Ghazali And The Poetics Of Imagination'', oleh Ebrahim Moosa ISBN 0-8078-5612-6 – m/s. 21</ref> Perkataan ''salaf'' merupakan kata nama Arab yang bermakna "pendahulu", atau "leluhur". Golongan ini juga dirujuk sebagai "''Salaf as-Saaleh''", atau Leluhur Salih, dan merangkumi tiga generasi pertama Muslim:<ref>{{cite web |url=http://muttaqun.com/salafiyyah.html |title=Dawat-us-Salafiyyah (Call of those who preceded us) |publisher=Muttaqun.com |date= |accessdate=2010-04-18}}</ref> ''[[Sahabat Nabi|Sahabah]]'', ''[[Tabiin|Tabi‘un]]'' ("Pengikut") dan ''[[Tabi Tabiin|Tabi‘ al-Tabi‘in]]'' ("Pengikut Para Tabiin"). Tiga generasi ini dan pemahaman mereka terhadap teks dan rukun Islam dilihat oleh golongan Salafi sebagai faham ortodoks Islam, dan model bagaimana Islam harus diamalkan.
 
==Kewujudan manhaj==
Asal penamaan Salaf dan penisbahan diri kepada manhaj Salaf adalah mereka yang memegang [[sabda]] [[Nabi Muhammad]] {{saw}} kepada puterinya [[Fatimah az-Zahra]]:'''فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ'''{{br}}
"Kerana sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya".<ref>Hadis riwayat [[Imam Bukhari]] no.5928 dan [[Imam Muslim]] no.2450.</ref>
{{unicode|Salaf aṣ-Ṣāliḥ}} ({{lang-ar|السلف الصلح}}) adalah salah satu aliran dalam agama [[Islam]] yang mengajarkan [[syariat Islam]] secara ketat dan harfiah. Seseorang yang mengikuti aliran ini disebut '''Salafi/ As-Salafi''', jamaknya adalah '''Salafiyyun/ As-Salafiyyun'''.<ref>[[Imam Adz Dzahabi]] berkata: "As Salafi adalah sebutan bagi siapa sahaja yang berada di atas manhaj salaf."Siyar A’lamin Nubala 6/21.</ref> Golongan ini juga sering disebut sebagai "Salafi Wahabi" kerana kaitan mereka dengan fahaman yang dibawa oleh [[Muhammad ibn Abd al Wahhab|Muhammad ibn Abdul Wahhab ibn Sulaiman an-Najdi]].
 
Disebabkan itu, pada zaman ini, salaf diletakkan sebagai 'manhaj' atau cara beragama atau cara menjalankan ajaran agama [[Islam]]. Jadi 'manhaj salaf' bererti menjalankan ajaran agama islam berdasarkan kepada bagaimana para sahabat Rasulullah (golongan salaf) menjalankan ajaran agama ini, kerana merekalah generasi yang bertemu secara berhadapan dengan [[rasul]] dan menyaksikan sendiri peristiwa turunnya firman-firman [[Allah]] dan mendapat didikan langsung dari baginda. Maka, golongan ini menganggap bahawa mereka betul-betul menjalankan menurut [[syariat Islam]], dengan baik dan benar sesuai dengan yang apa yang di inginkan oleh Allah dan Rasul-Nya, tanpa adanya tambahan dan pengurangan sedikitpun.
 
Istilah salaf dan khalaf dalam penggunaan asal para ulama tidak pernah bermaksud suatu perbezaan manhaj atau aliran, tetapi lebih berbentuk perbezaan tempoh masa. Kefahaman ini berterusan sehinggalah muncul golongan dengan fahaman wahabi dan yang meneruskan semangat [[Ibn Taimiah|Ibn Taimiyyah]], yang sering mengaku lebih memahami salaf berbanding ulama-ulama muktabar lain yang hidup lebih awal, yang dianggap mereka sebagai kurang memahami manhaj salaf, lalu memulakan usaha menamakan diri mereka sebagai "salafi" dan menamakan selain mereka sebagai "khalafi". <ref>http://ad-deen.proboards.com/thread/15/penjelasan-terhadap-definisi-sebenar-salaf#ixzz3sa89cMYi</ref>
 
Mereka ini mencetuskan suatu perkembangan di mana golongan ulama yang berlainan kefahaman daripada mereka dianggap sebagai tidak mengikut salaf ataupun laluan Islam yang sebenar walaupun para ulama tersebut adalah majoriti ulama Islam dan ulama muktabar. Bagi mereka, tokoh-tokoh yang memahami "salaf" yang sebenar hanyalah beberapa kerat sahaja seperti Sheikh Ibn Taimiyyah, Sheikh Ibn Al-Qayyim, Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan dan yang sefahaman dengan mereka.
 
Hal ini kerana golongan Salafi Wahabi mengaku beribadah berdasarkan sunnah Rasulullah {{saw}} tetapi adakalanya bertentangan dengan sunnah itu sendiri. Salah satu daripadanya adalah bahawa golongan ini tidak suka memakai 'imamah (serban yang dililit di kepala), padahal itu adalah sunnah Rasulullah {{saw}} yang dikerjakan oleh para ulama salaf, seperti [[Malik bin Anas|Imam Malik bin Anas]] <ref>Ad-Dibaj al-Madzhab, Ibrahim al-Ya'muri, juz 1, hal. 19</ref>
 
Golongan ini mengabaikan seruan Rasulullah {{saw}} sendiri yang memuji generasi khalaf sebagai goloongan meneruskan usaha menjaga kemurnian agama daripada golongan jahil dan batil.
 
Rasulullah {{saw}} bersabda:
 
<center>'''يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله، ينفون عنه تحريف الغالين، وانتحال المبطلين، وتأويل الجاهلين'''
 
{{cquote|Maksudnya: "Ilmu ini akan dipikul oleh setiap khalaf (orang yang kemudian) dari kalangan yang adil daripadanya, yang menafikan tahrif (penyelewengan) pelampau, kepincangan golongan pembuat kebatilan dan takwilan orang-orang jahil".<ref>Hadith diriwayatkan secara mursal dalam sebahagian riwayat (Misykat Al-Mashabih) dan disambung secara sanadnya kepada sahabat kepada Rasulullah {{saw}} oleh Al-Imam Al-'Ala'ie. As-Safarini mengatakan ianya sahih dalam kitab Al-Qaul Al-'Ali m/s: 227</ref>}}</center>
 
Para Salafi moden ini beranggapan bahawa kononnya jika seseorang melakukan suatu perbuatan tanpa adanya ketetapan dari [[Allah]] dan [[Rasul]]-Nya, boleh dikatakan sebagai perbuatan [[bid'ah]].
 
== Rujukan ==
50,338

suntingan